Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pers...

22 Jan 2026: Yang Berbahagia, Encik Ahmad Shukri Bin Buang selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPDKT telah menyempurnaka...

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan ...

Program orientasi pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, telah berlangsung selama 4 hari bertujuan membantu pelajar baru menyesuaikan dir...

Larian Firqah 2026

Kejohanan Larian Firqah ini diadakan berlandaskan beberapa matlamat utama. Antaranya adalah untuk memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara ...

Bengkel Pemerkasaan Digital

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah. ...

Kurikulum

Bengkel Pemerkasaan Digital Pelajar Ting. 4

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah. ...

Hal Ehwal Murid

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2026

Selamat datang dan selamat menempuh alam sekolah menengah kepada semua pelajar Tingkatan 1. ...

Kokurikulum

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: Sukaneka

Hari ke-5 tanpa PdPC, para pelajar didedahkan dengan aktiviti sukaneka yang bermula pada pukul 12.30 tgh sehingga 2.00 petang. Aktiviti...

Ulul Albab

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: Ceramah Israk Mikraj

Hari ke-4 minggu transisi, pelajar didedahkan dengan aktiviti syarahan Israk Mikraj yang disampaikan oleh Dr. Esaam Fayez Ibrahim yang ...

Asrama

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewa...

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026

22 Jan 2026: Yang Berbahagia, Encik Ahmad Shukri Bin Buang selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPDKT telah menyempurnakan penyerahan BAP 2026 kepada ibu bapa pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga serta memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan lebih selesa dan terurus.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Program orientasi pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, telah berlangsung selama 4 hari bertujuan membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan budaya sekolah menengah, peraturan, dan persekitaran. Aktiviti utama merangkumi taklimat pentadbiran, disiplin, pengagihan buku teks, lawatan kawasan sekolah, ujian diagnostik, dan sesi suai kenal.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Larian Firqah 2026

Kejohanan Larian Firqah ini diadakan berlandaskan beberapa matlamat utama. Antaranya adalah untuk memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan. Memastikan lebih ramai pelajar yang dapat melibatkan diri melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. Kejohanan ini bermula seawal 8.00 pagi melibatkan semua pelajar Tingkatan 2-4 SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi memastikan mereka mendapat kredit dalam PAJSK.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Larian Firqah diteruskan pada pukul 11.30 pagi yang mana Johan Keseluruhan dijuarai oleh Firqah Mahabbah. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian sehingga ke garisan penamat. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Sekalung tahniah kepada semua rumah sukan yang mendapat tempat. Ribuan terima kasih kepada semua pengelola, pengurus, penaja, AJK, guru dan pelajar yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Selamat maju jaya kepada pemenang yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah pada 29 Januari 2026 nanti.

Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Bengkel Pemerkasaan Digital

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

JOM INFAQ

Semakin Banyak Memberi, Semakin Banyak Menerima

Pihak MPIBG sekolah mengalu-alukan sumbangan infaq daripada semua dermawan dan kaum muslimin muslimat khasnya para alumni SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun yang tertera.

Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

This will close in 0 seconds