Category: Maklumat Am

Bengkel Tutorial Video Korporat 2013

881945_641430922540097_1292267194_oSMIYT KTRG SBT, 23 Mac : Satu Bengkel Tutorial Video Korporat 2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu pada hari ini bermula jam 9.00 pagi.

Seramai 8 orang pelajar tingkatan 4 telah terpilih untuk menjayakan bengkel ini. Mereka ialah:

Muhammad Nasruddin Najwan (4 Nafi’)
Muhammad Hazim (4 Ibnu Kathir)
Muhammad Ikhlas (4 Asim)
Amir Fahmi (4 Ibnu Kathir)
Nur Fatin Amira (4 Nafi’)
Nur Fithriah Hanani (4 Nafi’)
Siti Maisarah (4 Nafi’)
Sharifah Huda Sofiya (4 Nafi’)

Para pelajar yang terpilih ini dibimbing oleh 2 orang guru cemerlang iaitu:

Cikgu Saripah binti Embong (Setiausaha Unit Dokumentasi & Multimedia)
Cikgu Che Kadijah binti Abdullah (Setiausaha Sekolah)

dan juga 3 orang fasilitator dari Alumni Abadi KOSPINT:

Ahmad Syahir bin Abdul Razak (SPM 2003)
Muhammad Aiman bin Abdullah @ Ismail (SPM 2004)
Nurul Fateha binti Alias (SPM 2003).

Objektif bengkel adalah untuk menghasilkan video korporat baharu sesuai dengan perkembangan teknologi terkini dan status sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Semoga usaha ini akan mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak bagi melancarkan lagi proses pembikinan video korporat ini disamping mengeratkan lagi ukhuwah antara pihak sekolah dan alumni.

 

WP_20130323_004 WP_20130323_003 WP_20130323_001 Photo0365 Photo0364 Photo0363

Tazkirah Adab Dengan Guru Bersama Ustaz Zakaria Mohamad

WARDEN PUTERA 1SMIYT KTRG SBT , 13 Mac : Pada 10 mac baru-baru ini, satu tazkirah telah diadakan di dewan Asyatibi. Ianya diadakan setiap kali perhimpunan mingguan.

Pada kali minggu ini satu tazkirah mengenai adab-adab dengan guru telah disampaikan oleh Ustaz zakaria bin Mohamad.

Sila klik link di bawah untuk mendengar tazkirah beliau.

Tazkirah adab dengan guru

Penilaian Oleh Jemaah Nazir Selesai

KUALA TERENGGANU , 4 Jul : Jam 3.20 petang ini, semua Jemaah Nazir selesai melakukan penilaian terhadap profil sekolah bagi verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) Kohort 3 bagi kali kedua.

Sebelum ketua Jemaah Nazir telah memberikan taklimat penutup bagi penilaian tersebut dan disusuli dengan ucapan terima kasih daripada puan pengetua di atas penilaian itu.

Tahniah dan syabas kepada semua guru , kakitangan serta pelajar yang telah memberikan komitment yang tinggi terhadap kecemerlangan sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK

Kunjungan Dari SAMT Sultan Hishamuddin, Kelang Selangor

KUALA TERENGGANU , 24 Jun : Seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, kelang Selangor telah tiba di dataran SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi mengadakan sesi lawatan.

Ketibaan mereka jam 9.15 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Guru Displin, Ustaz wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah serta Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Pengawas Asrama.

Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah dibawa ke dewan Asyatibi dan surau Tok Ku Pulau Manis untuk meninjau pelajar sekolah ini menghafaz al Quran.

Mereka juga dibawa melihat galeri sekolah dan asrama Putera dan Puteri.

Lihat gambar selanjutnya DI SINI