Hari Ke 2 Lebih Mencabar

KUALA TERENGGANU ,29 September: Hari ini semua peserta telah diberi tugas meninjau tempat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dengan membawa semua peserta ke kuala berang, Telemong dan beberapa tempat lain.

Sebelah petang nanti semua peserta akan membentangkan laporan hasil dari lawatan mereka.

Jadual Program NKISABK 2012

KUALA TERENGGANU,28 September : Berikut adalah jadual bagi program NKISABK 2012 yang bermula 27hb dan berakhir 30hb september 2012.

Aktiviti Hari Pertama NKISABK 2012

KUALA TERENGGANU, 27 September : Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan bagi hari pertama bermula pendaftaran dan berakhir dengan perasmian pembukaan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Kementerian Pelajaran Malaysia  Peringkat Kebangsaan Kali ke 2 Tahun 2012.

KLIK DI BAWAH

144 gambar

Majlis Tautan Kasih NKISABK Dirasmikan

KUALA TERENGGANU 27 September : Majlis tersebut telah diadakan malam ini di Dewan ASyatibi SMIYT KTRG.

Ianya telah dirasmikan oleh Encik Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah Yang Berbahagia Encik Wahid bin SetiaTimbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama BPI, Encik Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor Pendidikan JPNT, Tuan Haji Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Hal Ehwal Agama Islam,BPI, KPM, Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, wakil Pengarah Yayasan Terengganu serta semua Ketua Sektor di semua negeri.

Seramai 378 peserta dari 14 buah negeri telah hadir dalam majlis tersebut.