Pemantauan Pengetua

KUALA TERENGGANU , 30 Ogos : Seramai 4 orang pegawai telah datang ke SM Imtiaz Kuuala Terengganu petang tadi bagi menilai pengetua untuk gred DG54.

Mereka terdiri daripada Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Haji Mohd Yasin bin Salleh, Ketua Sektor Pendidikan islam, Haji Wan said, Pegawai Pendidikan daerah Dungun serta Ustaz Nasir dari Sektor Pendidikan Islam.

Semua penolong kanan serta Ketua Jabatan dan juga Penyelia Asrama turut hadir.

Latihan Perbarisan Hari Kemerdekaan 2012

KUALA TERENGGANU , 29 Ogos : Latihan ini telah diadakan di dataran SMIYT Kuala Terengganu yang bermula 5.15 petang setiap hari.

Ianya merupakan persediaan bagi menghadapi perbarisan 31 Ogos ini sempena Hari Kemerdekaan yang akan diadakan bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan akan berkahir di Pantai Batu Buruk.

Kursus Tajwid Siri 4

KUALA TERENGGANU , 29 Ogos : Kursus tajwid guru dan kakitangan ini  merupakan lanjutan daripada kursus tajwid Siri 3 yang lalu.

Ianya telah diadakan di bilik kuliah bermula 2.30 petang tadi dan berakhir 4.30 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) iaitu Ustaz Mohd Hafas bin Haji Ali yang merupakan seorang pensyarah di IQT.

Peperiksaan Percubaan SPM Bermula

KUALA TERENGGANU , 27 Ogos : Hari ini bermulalah Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2012

Seramai 99 calon pelajar di sekolah ini telah menduduki peperiksan tersebut.

Ianya akan berakhir pada 13 September ini. Semoga semua calon berkenaan akan beroleh kejayaan.