Tag: jaringan

Program Jaringan Pelajar PT3 Ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Slide1SMIYT KTRG SBT , 8 Mei : Seramai 30 orang pelajar tingkatan 3 dan 4 orang guru telah berangkat pagi tadi ke Maahad tahfiz Negeri Pahang bagi mengikuti program jaringan bersama sekolah berkenaan. Guru pengiring ialah Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd , Cikgu Zaliha binti Mamat dan Ustazah wan Mardhiana binti Wan Fauzi.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya mereka menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin yang tidak hanya diperolehi dalam kelas semata-mata. Secara tidak langsung ianya dapat memberi kesedaran dan motivasi belajar serta dapat berlumba-lumba mengorak langkah untuk mendapatkejayaan yang semaksima mungkin.

Slide1

 

Program Jaringan Pelajar-Pelajar PMR Ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Slide4SMIYT KTRG SBT , 3 April : Seramai 31 pelajar PMR yang terdiri dari 15 lelaki dan 16 perempuan serta 3 orang guru telah bertolak ke SM Sains Hulu Selangor sebentar tadi bagi program tersebut.

3 orang guru terdiri daripada Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Ustazah Wan Mardhiana binti Wan fauzi dan Cikgu Che Kadijah binti Abdullah. Program ini akan diadakan selama 4 hari dan akan berakhir pada hari Sabtu 6 April 2013.

Slide1Slide2Slide3