KUALA TERENGGANU, 20 Okt: Pada 4 Mei 1994, puteri kepada pasangan Puan Zubidah dan Encik Muhammad telah dilahirkan di Kampung Tok Adis kuala Terengganu.
Pasangan ini bertuah kerana mendapat puteri kembar seiras. Nabihah kanan, dilahirkan 2 minit lebih awal dari najihah kiri.
Dalam peperiksaan UPSR, mereka berdua telah mendapat keputusan 5A yang membolehkan mereka melangkah masuk ke Sekolah Kluster Kecemerlangan SM imtiaz YT Kuala Terengganu dengan melepasi syarat-syarat kemasukan.
Pada tahun 2009 ketika berada di tingkatan 3, Nabihah dan Najihah merupakan antara pelajar yang telah berjaya khatam Al Quran 30 juzuk. Pihak sekolah melalui Koperasi Sekolah telah menyumbang sebuah Al Quran Digital setiap seorang sebagai penghargaan.
Manakala pada tahun 2010, mereka telah mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 1,000.00 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera bin Tengku Awang.
Pada tahun yang sama juga, Najihah telah menyertai Ujian Hafazan Peringkat Negeri dan mendapat saguhati. Manakala pada tahun 2011, Nabihah dan Najihah sekali lagi menyertai Ujian Hafazan Al Quran Peringkat Negeri dalam kategori 1 hingga 20 juzuk ( Nabihah ) dan 1 hingga 10 juzuk ( Najihah )
Kini mereka berdua akan mengambil peperiksaan SPM yang akan bermula tidak berapa lama lagi. Yang uniknya, cita-cita adalah sama, Mereka berhasrat untuk mendapat kelulusan 11A+ dalam peperiksaan SPM serta bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Jordan dalam bidang Medik.
Didoakan agar mereka berjaya mencapai cita-cita yang dihajati.
Syabas dan Tahniah untuk mereka.