KUALA TERENGGANU, 31 Jan : Pernah satu ketika dahulu, artikal ini memaparkan mengenai seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Muhammad Hud Al-Hashir yang bercita-cita mahu menjadi Imam di Masjidil Haram, namun pada tahun 2012,pihak pengurusan asrama dapat mengesan seorang lagi pelajar tingkatan satu mempunyai cita-cita yang sama.
Beliau merupakan putera hasil perkongsian hidup Encik Eddy Zuraidi yang bekerja sebagai jurutera TNB Bangsar, Kuala Lumpur dengan Puan Norazida yang bertugas sebagai Penganalisa Kewangan di Permodalan Nasional Berhad Kuala Lumpur. Beliau yang dimaksudkan ialah Adam Afdal yang berusia 13 tahun. Dilahirkan di Subang jaya. Beliau adalah anak sulong dari 3 adik beradik.
Pada bulan mac 2011, beliau bersama kedua ibubapanya menunaikan umrah selama 2 minggu. Berkebolehan dalam hafazan Al-Quran dan pernah memasuki Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat daerah Petaling dan mendapat tempat ketiga. Mewakili sekolah dalam acara bolasepak dan pernah menjadi imam di surau sekolah.
Semoga hasrat beliau untuk menjadi imam di Masjidil Haram suatu masa nanti dimabulkan oleh Allah.
This is very interesting, You’re a very skilled blogger. I have joined your feed and look forward to seeking more of your great post. Also, I’ve shared your web site in my social networks!
thank you and welcome at my school blog