KUALA TERENGGANU, 14 NOV: Alhamdulillah, sama-samalah kita bersyukur atas keperihatinan pihak Kerajaan yang telah memberi peruntukan Khas untuk meringankan bebanan ibubapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka untuk sesi 2012.
Bantuan sebanyak RM 100 telah diagihkan oleh pihak Sekolah kepada semua pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 hari ini oleh Timbalan YDP MPIBG Sekolah, Tuan Haji Jain bin Awang.
Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Jain atas kesudiaan beliau meluangkan masa bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Dalam majlis tersebut telah dihadiri oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani serta semua guru kelas.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya
Wah meriah betul pemberian agihan RM100 di sekolah nie. Semoga wang agihan RM100 nie dapat membantu dan mengurangkan beban ibu bapa.