Author: admin

Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus Al-Quran ( Keluarga ) 1433H

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos : Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Ogos di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ).

Program ini adalah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK )  sempena Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Terengganu. Pihak Sekolah ingin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada YPK kerana memberi kepercayaan penuh kepada pelajar hafiz sekolah ini sepanjang bulan Ramadhan untuk sama-sama bertadarus dengan jemaah masjid sepanjang tempoh tersebut.

Berikut adalah beberapa buah masjid yang  telah dihadiri oleh anak soleh pintar hafiz .

 

Masjid As Salam Batu Rakit

Masjid Gelugor Raja

Masjid Gong Kijang Bukit Tunggal

Masjid Gong Tok Nasek

Masjid Kg. Tok Jamal

Masjid Kg wakaf Baru Gong Badak

Masjid Kg Kubang Durian Gelugor

Masjid Kg. Pengkalan Berangan

Masjid Seberang Takir

Masjid Tengku Sulong Padang Negara

Surau Gong Kapas

Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Negeri Terengganu

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos :  Majlis tersebut telah di adakan di masjid Al-Ikhlas, Manir pada 11 Ogos yang lalu.

Sultan Terengganu, DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah berkenan untuk sama-sama berbuka puasa di Masjid tersebut.

Cukup bertuah ialah para hafiz Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu kerana dapat bersalam-salaman dengan Tuanku.

Gambar selanjutanya sila KLIK DI SINI

Mufti Perancis Fasih Berbahasa Melayu

KUALA TERENGGANU , 13 Ogos : Hari ini sekolah amat bertuah sekali kerana telah dikunjungi oleh Mufti Negara Perancis yang telah sudi meluangkan masa untuk memberikan ceramah khas sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak

Beliau ialah Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn yang berasal dari Negara Mesir yang juga merupakan  Ahli Majlis fatwa Al-Azhar. Beliau telah dihantar oleh Al-Azhar ke Perancis  sebagai Mufti di sana bagi mengendalikan masalah umat Islam dalam perkara hukum.

Beliau telah ditemani oleh Imam Besar Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Tuan Haji Aizi Saidi. Mereka telah disambut oleh Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Ketua jabatan, Guru-guru serta pelajar.

Yang paling menarik ialah beliau sangat fasih berbahasa melayu loghat kelantan yang begitu menghiburkan.

Gambar menarik sila KLIK DI SINI

 

Saksikan Mufti Perancis Kecek Kelate

Video 1 – durasi 8 minit 24 saat

Video 2 – durasi 11 minit 16 saat

Video  3 –  durasi 4 minit 55 saat

Video 4 – durasi 11 minit

Video 5 – durasi 59 saat

Video 6 – durasi 1 minit

Video 7 – durasi 11 minit 52 saat(sedang kemaskini)

Video 8 – durasi 2 minit 04 saat(sedang kemaskini)

Video 9 – durasi 9 minit 26 saat(sedang kemaskini)

Video 10 – durasi 21 saat(sedang kemaskini)

Video 11 – durasi 40 minit 23 saat(sedang kemaskini)

Majlis Berbuka Puasa

KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Sebaik sahaja solat maghrib dan solat hajat selesai diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis, Semua hadirin disajikan dengan jamuan berbuka puasa.

Turut menikmati juadah berbuka puasa ialah Tuan Haji Wahid bin Setia serta beberapa orang pegawai yang diundang.

Video Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthor Jamae’i

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI