Author: admin

Pelancaran 80 Hari Menjelang PMR 2012

KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Majlis pelancaran 80 Hari Menjelang PMR 2012 , Peer Coaching dan Kelompok samudera telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Luminous Pearls merupakan cetusan idea oleh Puan Pengetua sendiri. Beliau ingin melihat kecemerlangan dan kejayaan di kalangan pelajar tingkatan 3 dan tidak mustahil akan mendapat tempat yang terbaik di kalangan sekolah yang lain. Menurutnya lagi, orang yang selalu berangan-angan tidak akan berjaya.

Terdahulu dari itu, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan haji Mohd Amin Faisal menyatakan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, akhlak amatlah penting sekali dalam kehidupan pelajar dan perlu menghormati guru.

Tambahnya lagi, pelajar juga perlu sentiasa melaksanakan ibadah kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Gambar selanjutnay SILA KLIK DI SINI

Skim Hafazan Anjuran JaHEAT

KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Semua pelajar tingkatan 2 hinga 5 pagi ini telah menyertai Skim Ujian Hafazan Al-Quran pelajar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu.

Menurut Penyelaras Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, seramai 33 orang hakim telah menghakimi pelajar berkenaan . Bagi pelajar lelaki ujian Hafazan di bilik Kuliah manakala pelajar perempuan di Perpustakaan.

Gambar ujian Hafazan SILA KLIK DI SINI

Jamuan ‘ Raja Buah ‘

KUALA TERENGGANU , 17 Jul : Sempena musim Durian yang dikenali sebagai ‘Raja Buah ‘, Pihak sekolah petang ini dengan bangganya telah menyediakan  jamuan pulut durian untuk semua guru dan pelajar.

Ramai di kalangan pelajar terutamanya amat gembira di atas jamuan ini dan mereka seolah-olah berada dalam kebun durian.

Guru juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menikmati jamuan Pulut Durian ini.

Lihat pelbagai gelagat guru dan pelajar SILA KLIK

Najib Solihin JOHAN Hafazan Peringkat Kebangsaan

KUALA TERENGGANU , 17 jul : Majlis Ilmi Sanawi yang diadakan di Negeri Selangor pada 13 Julai 2012 baru-baru ini telah menaikkan nama Negeri Terengganu khususnya SM Imtiaz Kuala Terengganu di Peringkat Kebangsaan apabila seorang pelajar dari sekolah ini telah diisytiharkan JOHAN HAFAZAN bagi kategori Menengah Atas.

Beliau yang dimaksudkan ialah Najid Solihin bin Nasharudddin pelajar tingkatan 5 yang Berjaya memikat hati hakim apabila dapat mengalahkan peserta dari negeri lain.

Beliau telah membawa pulang piala pusingan, medal, sepasang baju melayu dan wang tunai RM 100.00.

Majlis penghargaan di atas kejayaan beliau telah diadakan petang tadi yang disampikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Tahniah kepada guru yang telah membimbing beliau sehingga Berjaya mendapat tempat yang terbaik di peringkat kebangsaan.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi kategori Hafazan Menengah Atas.

JOHAN : Terengganu ( Najib Solihin b. Nasharuddin  dari SM Imtiaz K.Trg )

NAIB JOHAN : Sarawak

KETIGA : Pahang

 

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI