Author: admin

Bintang Nasyid Mu’min 2012 – SM Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Jun : Sebanyak 10 pasukan dari 10 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu telah menyertai Bintang Nasyid Mu’min Anjuran Meswak Sdn Bhd Ubat Gigi Halal.

Program ini telah di adakan di Mydin Mall yang bermula jam 2 petang tadi. Masing-masing telah mempersembahkan nasyid dengan penuh semangat dan berpasukan. SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menunjukkan persembahan yang mantap dan berjaya mendapat tempat ketiga dari 10 pasukan yang bertanding.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut.

JOHAN : SHOUTUL ITTIFAQ ( SM NURUL ITTIFAQ, BESUT)

NAIB JOHAN : ( SM SULTAN OMAR, DUNGUN

KETIGA : SHOUTUL IMTIAZ (SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU)- VIDEO NASYID

 

SAGUHATI:

SHOUTUL SHABAB (SMA TOK JIRING)

RISATUL INSANIAH ( SMKA KUALA ABANG)

SHOUTUL MIZAN ( SM TG MIZAN )

WIJDAN ( SMK BUKIT SAWA)

AL-WILDAN ( SMK PANJI ALAM)

SHOUTUL SYAKIRIN ( SMA DURIAN GULING)

SHOUTUL FIRDAUS ( SMK AYER PUTEH, KEMAMAN )

 

Vokal terbaik : Shoutul Ittifaq

Kostum terbaik : Shoutul Mizan

Persembahan terbaik : Shoutul Syakirin

Tahniah dan Syabas diucapkan

 

Gambar persembahan nasyid SILA KLIK DI SINI

 

Kursus Tajwid Untuk Guru dan Kakitangan Siri III

KUALA TERENGGANU, 27 Jun : Kursus ini adalah sambungan daripada siri II yang lalu.Seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai hukum-hukum tajwid dan bacaan.

Penceramah tersebut adalah Ustaz Azizul bin Hassan. Semua guru dan kakitangan hadir dalam kursus tersebut yang bermula jam 2.30 petang tadi.

Semoga ianya dapat memberi kesan yang mendalam dari segi bacaan dalam Al-Quran apabila faham berkenaan dengan hukum tajwid tersebut.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Koperasi Sekolah dan SUMUR Anjuran Bersama Ceramah Israk & Mikraj

KUALA TERENGGANU , 26 Jun : Unit HEM yang kendalikan oleh Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) dengan kerjasama Koperasi Sekolah telah menganjurkan satu program Ceramah Israk & Mikraj sempena Bulan Kebesaran Islam dan Hari Koperasi Sekolah 2012.

Program ini di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 3 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu YM Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Taufik dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menyerikan lagi program tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru serta semua pelajar.

Gambar selanjutnya

Kunjungan Dari SAMT Sultan Hishamuddin, Kelang Selangor

KUALA TERENGGANU , 24 Jun : Seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, kelang Selangor telah tiba di dataran SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi mengadakan sesi lawatan.

Ketibaan mereka jam 9.15 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Guru Displin, Ustaz wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah serta Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Pengawas Asrama.

Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah dibawa ke dewan Asyatibi dan surau Tok Ku Pulau Manis untuk meninjau pelajar sekolah ini menghafaz al Quran.

Mereka juga dibawa melihat galeri sekolah dan asrama Putera dan Puteri.

Lihat gambar selanjutnya DI SINI