Author: admin

Program Tahsin Solat Siri I Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 15 Jun : Program yang  bermula semalam  disertai oleh semua pelajar tingkatan 1. Ianya akan berakhir pada hari ini.

Sebelum itu Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah merasmikan majlis pembukaan malam tadi dengan dihadiri guru Al-Quran, peserta serta alumni sekolah.

Menurut penyelaras program, Ustaz Syed Sheikh, ianya diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai solat disamping mengetahui hukum sah, batal dalam solat dan sebagainya.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua Guru Al-Quran.

Alumni sekolah juga tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan ilmu kepada peserta. Mereka terdiri daripada Nur A’isyah Humaira binti Ismail dari Institut Pendidikan Guru, Kampung Pendidikan Islam Bangi, Nur A’fini binti Yahya dari Universiti Islam Malaysia, Nabilah Huda binti Abdul Halim dan Nik Norfathiah binti Nik Muhammad Nasir dari Pusat Asasi UIAM, Petaling jaya dan Nurul Najihah binti Harun , lepasan Matrikulasi Kedah.

 

Perkhemahan Tahunan Tingkatan 3 dan 5

TELUK KETAPANG, 15 Jun : Perkhemahan Tahunan ini telah di adakan di Kem Telaga Batin, Teluk Ketapang. Ianya bermula pada 14 hingga 16 Jun 2012. Aktiviti ini di adakan khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam yang akan di adakan tidak berapa lama lagi. Ianya bertujuan untuk mencergaskan minda serta memberi motivasi dan semangat dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah seperti berikut:

Khamis 14 Jun 2012

2.30ptg – Bertolak ke Kem Telaga Batin

5.00 – 6.00ptg – Dirian Khemah

6.00 – 7.30 mlm – Makan Malam

7.30 – 8.30mlm – Solat Maghrib dan Isyak

8.30 – 10.30mlm – Malam Kebudayaan

11.30 mlm – Tidur

Klik DI SINI untuk melihat aktiviti pada hari pertama

Lawatan Kakitangan Sekolah Ke SMA Khairiah

KUALA TERENGGANU, 14 Jun : Seramai 12 orang kakitangan sekolah dari unit pejabat dan asrama telah mengunjungi SMA Khairiah pagi tadi.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau sistem pengurusan fail serta kebersihan dan keceriaan sekolah dan asrama.

Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Puan Pengetua, Ustazah Hajjah Shamsiah serta beberapa kakitangan yang lain. Semua kakitangan terlibat telah dibawa melihat suasana di pejabat sekolah dan asrama serta persekitaran sekolah.

Semoga dengan lawatan ini akan dapat memberi input yang berguna kepada mereka untuk keceriaan dan sebagainya apabila pulang ke sekolah nanti.

Keindahan SMA Khairiah

Tawaran Baru Pengetua ( NEW DEALS )

KUALA TERENGGANU , 11 Jun : Seramai 4 orang jemaah Nazir telah datang ke sekolah jam 9 pagi tadi bagi menilai Tawaran Baru Pengetua ( New Deals ) untuk tahun 2011.

Kehadiran mereka telah disambut ceria oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolongh Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip serta Ketua Jabatan l-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Terlebih dahulu Ketua Jemaah Nazir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Pengetua kerana dicalonkan untuk Tawaran Baru Pengetua bagi Tahun 2011.

Dalam penilaian tersebut, puan pengetua telah membentangkan mengenai profil sekolah iaitu tentang akademik, Hal Ehwal Pelajar, Kokurikulum, Hafazan dan Al-Quran serta operasi sekolah dan banyak lagi.

Semoga kejayaan ini bukan hanya terpancar di wajah pelajar sahaja malah kepada pengurusan sekolah serta semua guru dan kakitangan.

Syabas dan tahniah!!

Gambar selanjutnya. KLIK DI SINI