Author: admin

Khemah Ibadah dan Kepimpinan Usrah Pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 7 Jun :Seramai 160 orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang naqib dan 30 orang naqibah dan 105 pelajar tingkatan 4 sekolah ini akan menghadiri khemah ibadah tersebut yang bermula pada hari ini dan berakhir pada hari sabtu.

Naqib dan Naqibah sekolah merupakan jentera pengerak yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Ia juga merupakan perantaan sekolah bagi membentuk dan membimbing pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah unggul. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitunmelahirkan insan yang cemerlang jasmani, emasi, rohani dan intelek.

Diantara objektif Khemah Ibadah ini adalah :

1. Membentuk jai diri pelajar yang berakhlak mulia dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

2. Mengetahui cara-cara kerja berkumpulan dan merancang strategi dalam memimpin sesebuah organisasi.

3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam memimpin organisasi.

4. Memanfaatkan kekuatan berpasukan dan berusaha membantu organisasi kearah kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

5. Memupuk nilai-nilai murni di dalam jiwa pelajar kearah menjana generasi Ulul Albab.

 

Terdahulu dari itu, puan pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah merasmikan program tersebut malam tadi di bilik Kuliah. Hadir sama ialah Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Ustaz Syed Sheikh, Penyelaras program serta bekas pelajar sekolah ini yang menjadi fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan dan luar negara.

Perasmian Penutup Motivasi Seni Sentuhan Hati

KUALA TERENGGANU, 25 Mei : Majlis perasmian penutup telah di adakan hari ini oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Ramai ibu bapa yang hadir dan mereka begitu terharu kerana program yang dikhususkan kepada anak-anak mereka berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah di bawah projek PMR dan SPM. Tahniah juga kepada semua guru yang sama-sama menghadiri majlis ini yang banyak memberi sumbangan ilmu kepada pelajar terutama pelajar PMR dan SPM 2012.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada fasilitator iaitu Ustaz Sopian bin Salleh dan juga Encik Mohammad yang dikenali sebagai ‘Ayah Wa’ kerana berjaya mengendalikan kem ini dengan jayanya.

Klip video air mata seorang ibu

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

 

 

Motivasi Seni Sentuhan Hati untuk PMR dan SPM 2012

KUALA TERENGGANU, 24 Mei : Program ini telah di adakan hari ini dan berakhir pada 25 Mei 2012.

Program tersebut difokuskan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada mereka agar dapat menghayati serta menimba ilmu supaya mereka tidak lalai dan alpa terhadap tanggungjawab sebagai pelajar.

Pihak sekolah telah mengundang Moderator Ustaz Mohd Sopian bin Salleh dari konsultan Villa Hati bagi mengendalikan program ini. Semoga ianya dapat memberi banyak faedah yang berguna kepada pelajar bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang akan mereka hadapi nanti.

Gambar selanjutnya sila KLIK

 

” DO THE RIGHT THING AT THE RIGHT TIME “

…YOU ARE AN EXCELLENT STUDENT…MAKE IT HAPPEN!!

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM 2011

KUALA TERENGGANU, 24 Mei : Masjlis ini telah di adakan mulai jam 10.00 pagi di dewan Asyatibi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ( MAIDAM ) Tuan haji Harujan bin Sulaiman telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini.

Turut hadir ialah Ustaz Yaakub bin Abdullah, Penolong Setiausaha Agihan Zakat MAIDAM, Tuan Haji Jain bin Awang Timbalan Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Aziz bin Wahid, Penolong Pesuruhjaya Sumber Manusia Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN dan Ustaz Awi juga dari jabatan yang sama serta ibubapa bagi pelajar yang menerima hadiah.

Mereka telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta semua guru.

Antara objektif majlis ini ialah bagi menghargai usaha pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian cemerlang di peringkat sekolah.

Disamping itu juga dapat member rangsangan agar pelajar terus bermotivasi untuk membuat lonjakan dalam akademik dan hafazan sejajar kea rah kecemerlangan sekolah dan juga mewujudkan persaingan positif antara pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan hafazan seimbang dengan kecemerlangan sahsiah.

Seramai 62 orang pelajar cemerlang PMR 2011 dan 20 orang pelajar cemerlang SPM 2011 telah diberi penghargaan dalam majlis tersebut .

Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada penerima anugerah cemerlang PMR dan SPM 2011.

Anugerah Pelajar terbaik PMR 2011 ialah Nabilah Hamdiah bt Che Sammudin yang mendapat 9A, Anugerah Pelajar terbaik SPM 2011 pula ialah Alia Nurfarahain bt Mohd Rujhan yang mendapat 11A manakala anugerah pelajar Mithali 2011 ialah Mohd Safwan bin Md Shaimi.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang 2 buah iPad untuk pelajar terbaik PMR dan SPM 2011 iaitu Dato’ Suhaimi bin Shahadan yang merupakan pengerusi Kolej Politech MARA, Cheras Kuala Lumpur.

Gambar penerima hadiah sila KLIK