Author: admin

Mohd Hasif Wakili Terengganu, Nasyid Tewas

KEMAMAN, 21 Apr : Mohd Hasif bin Kamal pelajar tingkatan 1 telah berjaya merangkul Johan dalam acara Tilawah Sekolah Menengah  setelah menewaskan 7 peserta lain yang telah di adakan di SMK Chukai, Kemaman dan sekaligus dapat mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Kuantan Pahang pada bulan Mei nanti.Sementara itu Pasukan nasyid sekolah yang telah menyertai peringkat akhir Karnival Dakwah peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak dapat mara ke peringkat kebangsaan apabila tewas kepada pasukan dari SM Bukit Sawa. namun begitu pasukan nasyid sekolah telah menunjukkan semangat sepasukan apabila mendendangkan 2 buah lagu nasyid  di karnival tersebut.

Tahniah dan syabas untuk pasukan nasyid dan tilawah sekolah.

Gambar selanjutnya

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan

KUALA TERENGGANU, 17 Apr : Buat pertama kalinya, SM Imtiaz K.Trg telah menyertai pertandingan ini yang bertajuk ” Afiq’s Secret Love”.

Pertandigan ini telah diadakan pada 16 Apr yang lalu di SMK Tengku Bariah. Pasukan sekolah yang terdiri daripada 15 peserta telah menunjukkan bakat dan kesungguhan yang baik walaupun tidak mendapat kedudukan yang terbaik.

Ianya berkisar tentang kehidupan Afiq dan keluarganya. Kesusahan hidup Afiq tidak membatakan kasih sayangnya terhadap haiwan.

Walupun gagal memperolehi kedudukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memberi pengalaman yang berharga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.

 

” WISH US GOOD LUCK IN THE FUTURE”

Kem Peningkatan Prestasi Subjek Pendidikan Islam

KUALA TERENGGANU, 17 Apr : Kem ini difokuskan kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang telah diadakan di Dewan Asyatibi.

Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar teknik  menjawab soalan, membuat nota dan sebagainya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan juga memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan tajuk-tajuk yang diberi penekanan.

Gambar selanjutnya

Kursus Haji Untuk Pelajar

KUALA TERENGGANU, 17 Apr : Program ini telah di adakan di perkarangan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, program ini tertumpu kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 bertujuan memberi pendedahan kepada mereka berkenaan dengan rukun Haji dan perkara yang berkaitan dengannya.

Disamping itu melaksanakan amali supaya pelajar dapat mengalami dan merasai  sendiri bagaimana suasana mengerjakan fardhu Haji.

Gambar mengerjakan tawaf