Author: admin

Bola Jaring ( A ) dan Pingpong ( LR ) Layak Ke Akhir

Dungun, 12 Apr : 2 lagi acara yang dipertandingkan yang melibatkan pasukan Sm Imtiaz K.Trg telah menunjukkan kehebatan apabila acara bola jaring ( A ) telah melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan keputusan 42 – 20.

Manakala Pasukan pingpong ( LR ) mengiringi pingpong ( PR ) ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan pasukan dari SMA ittifakiah dengan keputusan 3 – 0.

Tahniah dan syabas

Keputusan terkini akan diumumkan dari masa ke semasa

Kontinjen SM Imtiaz K.Trg ( KOSPINT ) Mula Langkah Kanan

DUNGUN, 12 April : Pada jam 3 petang tadi, pasukan pingpong Perempuan Menengah Rendah telah membuka langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk.

Kemenangan 3 – 0 telah melayakkan pingpong sekolah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Nur Syatirah binti Mohd Noor merupakan wirawati pasukan pingpong apabila kemenangan beliau dalam acara perseorangan kedua telah melayakkan pasukan pingpong sekolah berjaya ke peringkat akhir.

Tahniah dan syabas

Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan kontinjen sekolah.

12 April 2012

3.00 petang
Pingpong ( PR )
Imtiaz K.Trg X SMAASZA Batu Buruk

5.00 petang
Pingpong ( LR )
SMA Ittifakiah X Imtiaz K.Trg

Bola Jaring ( Atas )
Imtiaz K.Trg X SMAASZA Batu Buruk

8.15 malam
Badminton ( LA )
SMA Marang X Imtiaz K.Trg

13 April 2012

8.00 pagi
Bola Sepak ( R )
SMA Setiu X Imtiaz K.Trg

Bola Jaring ( R )
SMA Ittifakiah X Imtiaz K.Trg

Pingpong ( PA )
SMA Ittifakiah X Imtiaz K.Trg

10.00 pagi
Pingpong ( LA )
SMAASZA Batu Buruk X Imtiaz K.Trg

Badminton ( PA )
SMA Khairih X Imtiaz K.Trg

Kami akan berusaha untuk memberikan keputusan terkini dari masa ke semasa

MASMAT Akhir 2012 Bermula

DUNGUN, 12 Apr : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama terengganu ( MASMAT ) telah membuka tirainya hari. Ianya di adakan di UITM Dungun Terengganu. Pesta Sukan bermula pada 12 dan berakhir pada 14 April 2012.

Nasyid , Tilawah Layak Ke Peringkat Negeri

SMK JERAM, MANIR , 10 Apr : Hari ini SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menjulang namanya apabila pasukan nasyid sekolah, tilawah bagi kategori lelaki dan perempuan masing-masing telah memenangi tempat pertama apabila diumumkan sempena Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Kuala Terengganu yang di adakan di SMK Jeram, Manir Kuala Terengganu tengahari tadi dan seterusnya akan mewakili Daerah Kuala Terengganu ke peringkat Negeri yang akan di adakan pada 20 dan 21 April di SMK Chukai, Kemaman.

Berikut adalah keputusan yang melibatkan pasukan dari SM Imtiaz Kuala Terengganu sahaja.

 

Pasukan Nasyid : JOHAN

Tilawah : Mohd Hasif bin Mohd Kamal : JOHAN

Tilawah : Aliaa Syafiqah bt Omar : JOHAN

Hafazan : Mohd Amir Fahmi : Naib Johan

Syarahan : Syarifah : Naib Johan

 

Tahniah dan syabas diucapkan