Author: admin

Keputusan Kelas Kondusif

KUALA TERENGGANU, 8 Apr : Baru-baru ini SM Imtiaz Kuala Terengganu telah melancarkan Kelas Kondusif bagi tahun 2012.

Dalam perhimpunan hari ini, keputusan telah diumumkan. Berikut adalah keputusan bagi bulan Januari dan Februari.

Januari : Kelas Tingkatan 4 Abu Amru

Februari: Kelas Tingkatan 4 Ibnu Amir

 

Semua hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

 

Tahniah dan syabas diucapkan

Alif Fahmi Diberi Penghargaan

KUALA TERENGGANU ,  8 Apr : Baru-baru ini, SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghantar satu pasukan nasyid serta tilawah  ke Festival Nasyid dan Tilawah sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di SM Seri Jengka, Pahang.

Dalam keputusan yang diumumkan, pasukan Nasyid menduduki tempat ke 4, tilawah lelaki tempat ke 2 dan tilawah perempuan tempat ke 3.

Manakala Solo terbaik nasyid sekolah Kluster peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 telah dimenangi oleh Mohd Alif Fahmi bin Sabri pelajar tingkatan 2. Beliau telah menunjukkan kehebatan dengan memalu conga serta mengalunkan nyayian nasyid sehinggakan para juri tidak teragak-agak untuk menganugerahkan solo terbaik kepada beliau.

Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

 

Lafaz Ikrar Dari Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya

KUALA TERENGGANU , 8 Apr : Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( PPSS ) dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah melafazkan ikrar petang tadi di hadapan Semua Penolong Kanan serta guru yang berlangsung di dewan Asyatibi.

Mereka telah melafazkan janji taat setia serta akan menjalankan tugas dengan penuh tabah bagi menaikkan nama sekolah di peringkat dalaman mahupun luaran.

gambar lafaz ikrar

SiCilik Berdakwah

KUALA TERENGGANU , 6 Apr : Baru tingkatan 1 namun beliau telah Berjaya memukau semua pelajar asrama lelaki dan perempuan dalam program kuliah kerohanian yang telah di adakan di dewan besar hari ini.

Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Azrul. Walaupun kecil tubuh badannya tapi besar semangatnya. Dengan ilmu yang ada beliau telah memberi semangat yang tinggi kepada semua pelajar iaitu dengan menekankan pentingnya  Agama Islam. Beliau telah menceritakan tentang kezaliman Israel  yang sentiasa menindas dan menganiaya golongan Palestin yang beragama Islam.

Tahniah dan syabas