Author: admin

Temasya Sukan MASMAT Zon D Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 22 Mac : Temasya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Terengganu ( MASMAT ) bermula hari ini dan akan berakhir pada 24 Mac.  Bagi SM Imtiaz Kuala Terengganu bersama 4 buah SM Imtiaz yang lain iaitu SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Imtiaz Kemaman telah tiba jam 8 pagi ini.

Temasya kali ini mempertandingkan acara-acara padang dan juga acara dewan.

Pertandingan akan bermula jam 10 pagi ini. Kami akan sentiasa mengemaskini laman web ini bagi memaklumkan dengan segera laporan keputusan perlawanan yang akan di adakan.

Berikut adalah jadual perlawanan untuk hari ini.

10 pagi

Bola Tampar : Imtiaz Dungun X Imtiaz Kuala Berang

Bola Tampar ( P ) : Imtiaz K.Brang X Imtiaz K.Trg

Sepak Takraw ( A ) : Imtiaz K.Brg X Imtiaz Besut

Sepak Takraw ( R ) : Imtiaz Kemaman X Imtiaz K.Trg

Pingpong ( A ) Lelaki : Imtiaz Besut X Imtiaz K.Trg

Imtiaz K.Brang X Imtiaz Dungun

Pingpong ( R ) Lelaki : Imtiaz K.Trg X Imtiaz Kemaman

Imtiaz K.Brang X Imtiaz Dungun.

 

11 pagi

Bola Tampar ( L ) Imtiaz Besut X Imtiaz K.Trg

Bola Tampar ( P ) : Imtiaz Dungun X Imtiaz Besut

 

Keputusan perlawanan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa

Gambar ketibaan peserta sukan 

Selamat Berjuang Wira dan Wiraku

KUALA TERENGGANU, 21 Mac : Petang ini satu perjumpaan khas semua pengurus, jurulatih dan peserta sukan MASMAT telah di adakan di dewan Asyatibi.

Esok 22 Mac akan bermula Pertandingan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agamat Terengganu ( MASMAT ). SM Imtiaz K.Trg telah diundi bersama empat buah SM Imtiaz lain dalam satu kumpulan iaitu bagi Zon D.

Antara acara yang akan dipertandingkan adalah bolasepak Menengah Atas & Bawah, Bola Tampar, Sepak Takraw, Pingpong, dan Bola Jaring.

Satu taklimat khas telah di adakan dimulai dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Md Nor bin Yahya. Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi kata-kata semangat untuk peserta sukan sekolah. Beliau berharap sebagai tuan rumah bagi temasya kali ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya dapat mewakili Zon D ke peringkat Akhir yang akan berlangsung di SM Sultan Ismail Dungun nanti.

BERJUANGLAH WAHAI WIRA DAN WIRAKU, BANGKITLAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNT Rasmi Pelancaran SUMUR

KUALA TERENGGANU, 19 Mac : Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) telah di adakan pada petang tadi di Dewan Asyatibi.

Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Razak bin Jusoh, Pegawai Perhubungan Sekolah. Kedua-dua tetamu khas ini telah disambut oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, semua Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta guru dan pelajar.

Menurut Pengarah Program, Ustaz Syed Sheikh, program SUMUR ini adalah untuk  membentuk Generasi Ulul Albab dan juga penjenamaan semula sahsiah unggul murid yang tersusun agar ianya berjalan dengan kemas dan berjadual. Ianya telah dicetuskan oleh bekas Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussien dan telah disambut baik oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan modul 5C iaitu murid Contoh, murid Cerdas, murid Cerdik, murid Cergas dan murid Ceria.

Dalam ucapan aluan pengetua, beliau memaklumkan bahawa SUMUR ini  telah dijalankan semenjak tahun lepas lagi dan pada tahun ini hanya sebagai satu kesinambungan yang perlu menjadi tanggungjawab pihak sekolah bagi mempastikan kecemerlangan akhlak semua pelajar disamping kecemerlangan akademik.

Beliau amat berterima kasih atas kehadiran Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh walaupun banyak program yang perlu dihadiri namun beliau sangat berbesar hati untuk hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Gambar pelancaran

Futsal SM Imtiaz K.Trg KOSPINT Meriah

KUALA TERENGGANU, 10 Mac : Kejohanan futsal yang julung kali diadakan pada sebelah pagi tadi bertempat di gelanggang futsal Banggol Pak Ali telah membuktikan bahawa sekolah ini tidak pernah ketandusan aktiviti.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Turut hadir sama menyaksikan pertandingan ini ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Dalam ucapan PK Koku, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ramli bin Abdullah dan juga Encik Saidi bin Haji Ali yang telah banyak membantu bagi menjayakan acara ini.

Manakala dalam ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengadakan pertandingan futsal ini. Beliau berharap kejohanan seumpama ini akan diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai lagi.

Dalam pertandingan ini, kumpulan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal yang merupakan Penolong Kanan Ulul Albab telah berjaya menewaskan pasukan yang diketuai oleh Encik Hanafi. Perlawanan akhir tersebut begitu sengit sekali. Walaupun keputusan seri 3 – 3 namun kemenangan telah diberikan kepada kumpulan Tuan Haji Mohd Amin dengan 2 kemenangan dan satu seri manakala kumpulan Encik Hanafi dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah.

Syabas diucapkan kepada pemain-pemain yang terdiri daipada guru dan juga kakitangan sekolah.

Lihat gambar AKSI MENARIK kejohanan futsal.