Author: admin

Laporan Mata Terkumpul Sistem Firqah Sehingga 31 Januari 2012

KUALA TERENGGANU, 27 Feb : Pelancaran Sistem Firqah yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah awal bulan Januari yang lalu telah menampakkan hasilnya.

Berikut adalah keputusan yang telah dibuat berakhir 31 Januari 2012.

Ceramah Sempena Pelancaran NILAM 2012

KUALA TERENGGANU. 27 Feb :  Sempena pelancaran Program NILAM yang akan di adakan di sebelah petang nanti, satu sesi ceramah telah diadakan pagi ini di Dewan Asyatibi. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT , Marang, Terengganu iaitu Encik Zaidan bin Jamaluddin.

Puan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Semua Ketua Jabatan serta guru dan pelajar hadir bagi mendengar ceramah tersebut.

Gotong Royong Di Asrama

KUALA TERENGGANU, 24 Feb : Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang ada.

Dengan sebab itu sekolah yang mempunyai asrama perlulah menitikberatkan gotong royong. Asrama SM Imtiaz Kuala Terengganu juga tidak ketinggalan mengamalkan konsep sebegini. Aktiviti ini dijalankan pada minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung dan menjadi amalan mingguan kepada sekolah ini. Sebagai contohnya mengadakan gotong royong membersih asrama pada pagi ini.

Menurut Penolong Kanan HEM , Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, ianya merupakan aktiviti mingguan yang dilakukan bagi memastikan keadaan bilik samada bilik tidur, bilik rehat serta kawasan asrama sentiasa bersih .

Semoga amalan seumpama ini diteruskan bagi melahirkan ramai pelajar yang mengamalkan sikap yang baik.

Suasana GOTONG ROYONG

HEART TO HEART OF PEARLS Pelajar Tingkatan 3

LAGUN KUALA IBAI, 22 Feb : Program ini telah di adakan pagi tadi di Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung. Ianya difokuskan kepada semua pelajar tingkatan 3. Semua guru yang mengajar tingkatan 3 turut hadir. Program ini turut dihadiri Puan Pengetua selaku perasmi program serta semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan

Menurut Kaunselor Sekolah, Cikgu Norhidayah, Program ini adalah program yang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 bagi mencungkil apakah masalah sebenar yang  sedang mereka hadapi. Jadi untuk program ini selain daripada permasalahan yang dibincangkan pada sebelah pagi, pelajar juga diminta membuat peta minda di sebelah petang  bagi setiap sukjek iaitu Sejarah,Geografi Sains dan PAI.

Setiap pelajar akan diberikan satu topik dan mereka akan membuat peta minda berdasarkan topik tersebut yang dikenali sebagai sharing is carring for all.

Sementara itu semua guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari telah diraikan dengan ucapan selamat panjang umur serta dimurahkan rezeki semoga menjadi insan yang terbaik yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Video Heart to Heart of Pears