Author: admin

Puan Pengetua Lancar Sistem Firqah

KUALA TERENGGANU, 1 Feb : Sistem yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah petang tadi di Dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu, Penolong Kanan HEM, Tuan haji Ahmad Rdihuan bin Abd Ghani selaku orang yang bertanggungjawab melaksanakan sistem firqah ini telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan pengetua serta guru dan pelajar di atas kerjasama yang diberikan ke arah memajukan sekolah dengan melibatkan semua aktiviti.

Dalam ucapan puan pengetua, beliau berharap dengan adanya sistem seumpama ini akan memberikan kesan yang positif dalam semua aspek bukan hanya di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan guru.

Di antara objektif sistem firqah ini ialah dapat melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ” School with character” ( sekolah berwatak. Disamping itu juga dapat membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antara objektif lain ialah dapat memperkasakan jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya kepimpinan. Juga dapat mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid dan mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ” sense of belonging” dengan menanam perasaan ” menyayangi yang muda, menghormati yang tua” antara ahli firqah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Adam Afdal Bercita-Cita Menjadi Imam Masjidil Haram

KUALA TERENGGANU, 31 Jan : Pernah satu ketika dahulu, artikal ini memaparkan mengenai seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Muhammad Hud Al-Hashir yang bercita-cita mahu  menjadi Imam di Masjidil Haram, namun pada tahun 2012,pihak pengurusan asrama dapat mengesan seorang lagi  pelajar tingkatan satu mempunyai cita-cita yang sama.

Beliau merupakan putera hasil perkongsian hidup Encik Eddy Zuraidi yang bekerja sebagai jurutera TNB Bangsar, Kuala Lumpur dengan Puan Norazida yang bertugas sebagai Penganalisa Kewangan di Permodalan Nasional Berhad Kuala Lumpur. Beliau yang dimaksudkan ialah Adam Afdal yang berusia 13 tahun. Dilahirkan di Subang jaya.  Beliau adalah anak sulong dari 3 adik beradik.

Pada bulan mac 2011, beliau bersama kedua ibubapanya menunaikan umrah selama 2 minggu. Berkebolehan dalam hafazan Al-Quran dan pernah memasuki Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat daerah Petaling dan mendapat tempat ketiga. Mewakili sekolah dalam acara bolasepak dan pernah menjadi imam di surau sekolah.

Semoga hasrat beliau untuk menjadi imam di Masjidil Haram suatu masa nanti dimabulkan oleh Allah.

Indahnya Imtiaz KUTER

KUALA TERENGGANU, 30 Jan : Apabila disebut sahaja SM Imtiaz Terengganu, maka ramailah disebut-sebut sebagai sekolah yang mempunyai harapan tinggi untuk melihat para pelajar cemerlang bukan hanya dari segi akademik tetapi yang lebih penting ialah cemerlang dari segi hafazannya.

Begitu juga dengan SM Imtiaz Kuala Terengganu, ianya begitu sinonim dengan aktiviti seumpama itu.Indahnya SM Imtiaz dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai sehingga sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta mendapat penganugerahan Tawaran Baru Pengetua ( New Deals )

Hafazan Al-Quran Setiap Pagi

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Program hafazan Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi sekolah ini. Pada waktu persekolahan, mulai jam 7.30 hingga 9.30 pagi, guru tasmi’ akan mendengar pelajar menghafaz Al-Quran mengikut halaqah masing-masing. Ianya bertujuan untuk melihat sejauhmana pencapaian sebenar pelajar dalam menghafaz Al-Quran  setelah mereka mengulang bacaan di sebelah malam dan subuh.

Guru berkenaan akan mencatat helaian yang dibaca dan dihafaz.