Author: admin
PELANCARAN SEM KALI KE 6
KUALA TERENGGANU, 25 Jan : Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik di Dewan Assyatibi petang ini yang dihadiri semua guru dan pelajar.
Terdapat 3 peringkat di dalam Schoolwide Enrichment Model ( SEM )
TYPE I
Penerokaan am untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai disiplin ilmu.
TYPE II
Aktiviti-aktiviti yang mengembangkan proses pemikiran secara kreatif dan kritis.
TYPE III
Aktiviti kajian / penyelidikan untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia sejagat.
Objektif SEM adalah:
- Mengembangkan pemikiran saintifik, kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.
- Memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik.
- Memupuk semangat persaingan yang positf dalam kalangan pelajar.
- Mendedahkan pelajar terhadap ledakan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.
Pelajar Pulang Ke Kampung
KUALA TERENGGANU, 19 Jan : Hari ini semua pelajar pulang ke kampung sebagai balik wajib. Sempena Tahun Baru Cina, hari ahad merupakan cuti peristiwa bagi sekolah ini.
Semua pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada petang selasa 24 Jan 2012 tidak lewat jam 6 petang.
Untuk mendapatkan Jadual balik Kampung bagi tahun 2012, sila muat turun secara percuma di ruangan MUAT TURUT PERCUMA.