SMIYT KTRG SBT , 17 Februari : Pembinaan laman web sesebuah sekolah amat perlu ketika ini sebagai sumber maklumat agar orang luar dapat mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih cepat. Ianya bertepatan dengan zaman kini yang canggih dan mereka sudah begitu sinonim dengan kemajuan masa kini.
Justeru itu , seramai 15 pegawai yang terdiri daripada Juruteknik Komputer / EIO dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu yang mengendalikan laman web sekolah telah dipilih untuk mengikuti bengkel tersebut pada hari ini bertempat di makmal komputer sekolah.
Ianya dikendalikan oleh Encik Rozaizam bin Yusoff , Penolong Pegawai Tadbir ( Teknik & ICT ) dari Yayasan Terengganu.