news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel Sebanyak 12 buah koperasi seluruh Negara telah menyertai program Homestay PKS Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Perkampungan Ulu Legong, Baling Kedah baru-baru ini.
Semua Koperasi telah mempersembahkan hasil aktiviti masing-masing untuk dinilai oleh para hakim.
Setelah diumumkan keputusan pada 11 November 2012, Koperasi Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu Berhad telah menewaskan 9 koperasi lain dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Tempat pertama dimenangi oleh SMK Batu Kikir, Negeri Sembilan, Naib Johan dari SMK Gombak Setia, Selangor.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dalam program tersebut yang diketuai oleh Cikgu Herdawati binti Muda, Cikgu Marlina Akmal binti Jusoh sebagai guru pengiring. Manakala pelajar pula terdiri daripada YM Adik Syed Ahmad Akram bin Syed Habit Mustafa, Adik Ahmad Shahir bin Sabudin, Adik Izzat Hakimi bin Ahmad Ariza, Adik Muhammad Fahim Hanif bin Fahmi Anuar, Adik Ahmad Syarafuddin bin Syamsul Amri, Adik Muhammad Hakim bin Suhaimi, Adik Nur Nazifa Nadhirah binti Mat Noh, Adik Rahmah Munawwarah binti Muhammad Safir, Adik Ayani Nazirah binti Daud dan Adik Nur Amanina binti Kamal.
Syabas dan tahniah