Category: Am

Lawatan Penanda Aras Kepimpinan Pelajar Asrama SMK Abdul Rahman Talib

Slide1SMIYT KTRG SBT , 8 November : Pihak Pengurusan Asrama pagi ini telahmenenrima kunjungan daripada SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Mereka terdiri daripada pengurusan asrama seramai 73 orang yang diketuai oleh PK HEM sekolah tersebut, Tuan Haji Halele.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan pengurusan asrama sekolah ini.

Slide5Slide2Slide3Slide44Slide65Slide32

Video Lawatan , sila klik DI SINI

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Jasamu Tetap Dikenang

Slide117Bermula 1 November 2015 , kami seluruh warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu amat sedih kerana Puan Pengetua ,Ustazah Mardziah binti Che Abdullah akan memulakan tugas di tempat baru iaitu di SMA Khairiah Kuala Terengganu.

Beliau telah mula bertugas di sini selama 10 tahun bermula tahun 2005. Banyak ilmu yang dicurahkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini. Segala jasa-jasa beliau akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Kepada Puan Pengetua, Kami seluruh warga Imtiaz YT Kuala Terengganu mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Jangan lupa kami di sini. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada kami.

Jasamu tetap kami kenang

Slide116Slide107Slide122

Video perpisahan

Kursus LADAP

Slide38KOTA BHARU , 1 November : Kursus ini merupakan satu kursus yang berbentuk motivasi diri kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Ianya diadakan bermula 29 hingga 31 Oktober di Hotel Al Ansar Kota Bharu.

Dalam program ini , pihak sekolah telah mengundang 3 orang penceramah yang terkenal iaitu Tuan haji Ahmad Tarmizi bin Haji Musa , Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan , Encik Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed , Kaunselor SM Imtiaz Besut dan Encik Nik Muhammad bin Nik Lib , Pengetua SMK Keterah , Kota Bharu.

Semua peserta diberi pendedahan bagimana ingin menjadikan kerja yang dilakukan selama ini mendapat keredhaan Allah.

Dalam kursus ini juga , pelbagai permaianan dalam kumpulan telah diadakan untuk memberitahu betapa pentingnya bekerja dalam sepasukan seperti ikat tali secara berkumpulan dan mengangkat dan menurunkan batang paip secara berkumpulan.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada kaunselor sekolah iaitu Puan Ramlah dan Puan Zaiton.

Tahniah dan syabas.

Permainan ikat tali dalam kumpulan

Permainan mengangkat batang paip

Slide17Slide45Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI ( dalam proses )

kursus LADAP – Video

Lawatan Penanda Aras PPD Daerah Jempol dan Jelebu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 1 November : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu Negeri Sembilan.

Mereka telah disambut oleh Pihak Pengurusan sekolah. Tujuan delegasi ini adalah untuk melihat perkembangan dan pembangunan sekolah terutama mengenai bidang Kokurikulum yang berkebetulan sekolah ini mendapat Anugerah Kokurikulum peringkat Kebangsaan.

Slide4Slide5Slide6Slide3