Category: Am

5 Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi,  iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.

Disukai Allah S.W.T

Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.

“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Diampunkan kesalahan dan dosa

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.

Dicukupkan rezeki setiap hari

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, 

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.

Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.

Masuk syurga dari istimewa

Golongan yang melazimi solat sunat ini akan dapat masuk syurga melalui pintu khas iaitu pintu dhuha. Ia menunjukkan golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh semua orang.

“Sesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:”

“Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani)

Doa mudah dimakbulkan

Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang dinginkan.

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat kemasukan ke SMIYT adalah calun lulus ujian kemasukan dan sesi temuduga yang akan diadakan. Di bawah adalah syarat kemasukan.

Tawaran kemasukan juga tertakluk kepada keputusan temuduga serta syarat kelayakan kemasukan lain seperti berikut:

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia rakyat Terengganu:

a) ibu atau/dan bapa dilahirkan di Terengganu;

ATAU b) ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tetap tinggal di Terengganu

2. Wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temuduga

3. Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan Imtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi Ujian hafazan, penguasaan bahasa serta personaliti  (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah)

4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

5. Bersetuju menerima penempatan SMIYT yang ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.

6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan

Maklumat Lanjut Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi maklumat seperti berikut:

Telefon : 09-622 1733

Faks : 09-623 2944

Emel : info@yt.gov.my

Alamat : Pengarah, Yayasan Terengganu, Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)

atau boleh layari web imtiaz.yt.gov.my dari masa ke semasa.

Bacaan Surah Al Kahfi

SMIYT SBT KTRG : Sememangnya setiap malam pelajar akan membaca ayat-ayat Al Quran terutamanya Surah Al Kahfi bagi pemantapan kerohanian dalam diri setiap pelajar.

Pelajar dapat menghayati surah Al-Kafi tentang kepentingan surah tersebut agar menjadi bekalan di akhirat kelak.

Slide2Slide3Slide1

Kursus Pengendalian Jenazah

SM IMTIAZ K.TRG:Pada 23 okt yang lalu,satu kursus pengendalian Jenazah untuk pasca tingkatan 3 telah di adakan di surau sekolah.

Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana cara-cara untuk menyempurnakan proses bermula mandi sehingga dikafankan dengan betul.

Slide2

Lihat gambar seterusya DI SINI

Slide15Slide1Slide10