news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel
BANGGOL MEMPELAM , 2 Oktober : Badan Dakwah dan Kerohanian sekolah ( BADAR ) bersama Majlis Perwakilan Pelajar , Majlis Pengawas Asrama dan pelajar -pelajar asrama telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat kampung di daerah Banggol Mempelam. Program membersihkan kawasan Masjid Al Hidayah di Kampung Banggol Mempelam ini telah disambut oleh Pengerusi Masjid , Tuan Haji Nordin bersama setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatan Kuasa Masjid.
Program gotong royong ini di bawah pengawasan unit Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta waden asrama.
Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan dan menjadi aktiviti tahunan sekolah.



Gambar selanjutnya sila klik DI SINI