Category: Asrama

Tukang Masak Diberi Penghargaan

Pulau Pinang,7 Disember : Pengurusan Sekolah dan Asrama telah bersetuju untuk mengadakan lawatan kepada tukang masak asrama di atas sumbangan tenaga yang telah banyak memberi perkhidmatan kepada pelajar asrama.

Mereka telah dibawa melawat Bukit Bendera dan Kuala Lumpur bermula 6 hingga 8 disember.

Terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi sumbangan untuk sekolah.

Kunjungan Dari SAMT Sultan Hishamuddin, Kelang Selangor

KUALA TERENGGANU , 24 Jun : Seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, kelang Selangor telah tiba di dataran SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi mengadakan sesi lawatan.

Ketibaan mereka jam 9.15 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Guru Displin, Ustaz wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah serta Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Pengawas Asrama.

Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah dibawa ke dewan Asyatibi dan surau Tok Ku Pulau Manis untuk meninjau pelajar sekolah ini menghafaz al Quran.

Mereka juga dibawa melihat galeri sekolah dan asrama Putera dan Puteri.

Lihat gambar selanjutnya DI SINI

Program Bersama Imam Muda Fakhrul Razi

KUALA TERENGGANU, 4 Mac : Finalis Imam Muda 2011, Imam Muda Fakhrul Razi telah diundang ke majlis sesi ceramah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian dengan kerjasama unit Asrama telah diadakan pada malam ini.

Majlis ini bermula jam 9.45 dan berakhir 11.15 malam. Menurut Setiausaha Badan Dakwah dan Kerohanian, Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi, program ini bertujuan memberi pendekatan dakwah serta ilmu kepada pelajar disamping berkongsi pengalaman dengan penceramah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

Gambar selanjutnya.

Gotong Royong Di Asrama

KUALA TERENGGANU, 24 Feb : Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang ada.

Dengan sebab itu sekolah yang mempunyai asrama perlulah menitikberatkan gotong royong. Asrama SM Imtiaz Kuala Terengganu juga tidak ketinggalan mengamalkan konsep sebegini. Aktiviti ini dijalankan pada minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung dan menjadi amalan mingguan kepada sekolah ini. Sebagai contohnya mengadakan gotong royong membersih asrama pada pagi ini.

Menurut Penolong Kanan HEM , Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, ianya merupakan aktiviti mingguan yang dilakukan bagi memastikan keadaan bilik samada bilik tidur, bilik rehat serta kawasan asrama sentiasa bersih .

Semoga amalan seumpama ini diteruskan bagi melahirkan ramai pelajar yang mengamalkan sikap yang baik.

Suasana GOTONG ROYONG