Category: Hal Ehwal Murid

KEM PEMANTAPAN KEPIMPINAN MPM 2024

25 Ogos 2024 – Seramai 104 Majlis Pengawas Murid ( MPM ) yang terdir daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah menghadiri Kem Pemantapan Kepimpinan MPM yang diadakan bermula 23 – 25 Ogos 2024 bertempat di RAMD 18 ( Para ) Kem Seri Apantai Kuala Nerus Terengganu.

Ianya adalah anjuran Unit HEM SMIYKT yang bertujuan mendedahan kepada pengawas agar sentiada cakna mengenai disiplin pelajar serta dapat mengeratkan hubungan 2 hala antara guru dan murid.

Kursus Pemantapan Kemahiran Warden Asrama

21 Ogos 2024 – Semua sekolah di bawah Yayasan Terengganu yang diwakili oleh semua Penolong kanan Hala Ehwal Murid dan semua Warden Khas telah menghadiri Kursus Pemantapan Kemahiran Warden Asrama pada 20 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Terengganu.

Sekolah ini telah diwakili oleh Encik Soohaimy bin Embong selaku Penolong Kanan HHEM , Encik Muhammad Amir bin Zulkiffeli dan Puan Norhafiza binti Abd Wahab selaku Warden Khas.

Ianya bertujuan bagi memantapkan lagi peranan sebagai warden khas di asrama agar pelajar sentiasa peka dan cakna serta mematuhi peraturan dengan lebih baik.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nazri bin Muda , Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.

Prep Berfokus Di Asrama

Prep juga dikenali sebagai kelas persediaan belajar ini diadakan setiap hari khususnya pada waktu malam selepas solat isyak. Pelajar akan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Pada waktu inilah pelajar menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan dan juga berbincang dengan rakan lain berkenaan sesuatu mata pelajaran.

Kelas Persediaan belajar cara berfokus ini akan memberi tumpuan yang lebih agar dapat menghadapi sesi pembelajaran pada esok hari.

PENGOPERASIAN FOGGING DI ASRAMA 2022

Pada 27 Jun yang lalu, pihak sekolah telah meminta Pihak Jabatan Kesiahatan Negeri Terengganu untuk membuat penyemburan Nyamuk di asrama.

Berapa staff Kesiahatn telah hadir untuk membuat penyemburan bagi mengatasi masalh denggi . Kehadiran mereka disertai dengan wakil dari Majlis bandaraya Kuala terengganu.

Semoga dapat membasmi penularan Denggi dan menghalang pembiakan Nyamuk Aedes.