Category: Hal Ehwal Murid

MPP , MPA , MPS & BADAR Terima Watikah Perlantikan Sesi 2013/2014

Slide116SMIYT KTRG SBT , 19 September : Upacara penyerahan watikah perlantikan Pengawas Sekolah dan Asrama kepada Pengawas baru sesi 2013 / 2014 telah dilakukan secara simbolik pada hari ahad yang lalu.

Ianya telah disaksikan oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani di dewan Asyatibi. Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) , Majlis Pengawas Sekolah ( MPS) dan Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) bagi sesi 2013 / 2014 telah menerima watikah perlantikan baru daripada PK HEM.

Semoga dengan perlantikan ini akan meneruskan perjuangan yang telah dilakukan oleh pengawas yang lalu dengan penuh iltizam dan semangat untuk menaikkan nama sekolah.

Slide84Slide55Slide95Slide53Slide64Slide106

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah dan syabas

 

Kem Kepimpinan Jati Diri

Slide3SMIYT KTRG SBT , 25 Ogos : Seramai 59 pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majis Pengawas Asrama ( MPA ) , Majlis Pengawas Sekolah ( MPS ) dan Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) telah menghadiri Kem ini yang bermula pada 22 – 24 Ogos 2013.

Ianya telah diadakan di Peladang Agro Resort Setiu. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan HEM, Asrama  serta semua warden terlibat. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah menggunakan modul baru agar dapat memberikan input dan juga hasil yang berguna kepada peserta.Dalam tempoh program tersebut, peserta program ini telah mengadakan program komuniti bersama Kolej Vokasional Besut yang berkebetulan mereka juga mengadakan kursus di sini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEP.Terdahulu dari itu pada hari pertama Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah menyampaikan ucap utama

Slide188Slide169Slide112Slide108Slide130Slide151

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ambang Syawal & Sumbangan Hari Raya Untuk Pelajar Miskin

Slide28SMIYT KTRG SBT , 1 Ogos : Satu Majlis Menyambut Ambang Syawal telah diadakan pagi tadi dan telah berakhir sebentar tadi. Dalam Majlis tersebut pihak sekolah mengundang seorang penceramah iaitu Tuan Haji Mohd Shukri bin Haji Ali, Pegawai Agama Istana Negeri untuk memberikan ceramah mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Antara perkara yang menarik ucapan beliau ialah mengenai 10 perkara Malaikat akan memasuki rumah ketika berlaku malam Lailatul Qadar. Antaranya ialah

1. Rumah yang ahlinya menjaga kebersihan dan kesucian rumahnya itu dari zahir dan batin.

2. Rumah sentiasa berzikir ahlinya. Zikir ertinya ingat ALLAH samada hati, lidah dan anggota lain di dalam apa sahaja aktiviti hidup kita.

3. Penghuninya yang sentiasa menunaikan solat , tidak ada ahli rumah itu yang meninggalkan solat dengan sengaja.

4. Penghuninya makan minumnya suci dan halal samada pada zat makanan itu sendiri atau sumber mendapatkan makanan itu.

5. Penghuni yang menghubung dan mengekalkan silaturrahim.

6. Penghuninya yang sentiasa berbuat baik kepada ibubapa.

7. Penghuninya adalah terdiri suami dan isteri yang solah dan bertanggungjawab.

8. Penghuni yang selalu berbuat baik kepada ahli rumah , kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai seperti memberi salam, mengamalkan sifat suka memaafkan orang lain dan lain-lain.

9. Penghuninya menjauhi perkara -perkara mungkar, mengelakkan diri dari dosa kecil dan besar.

10. Rumah yang bersih dari benda-benda yang berbentuk salib, gambar, anjing , loceng dan perkara-perkara yang menyerupai orang bukan Islam.

 

Selepas ceramah tersebut, Puan pengetua mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua guru dan pelajar melalui perutusan Hari Raya. Beliau juga memberikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin. Pihak sekolah, PIBG dan Koperasi telah sudi memberikan sumbangan tersebut. Terima kasih kepada mereka.

Slide31Slide37Slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Dikesempatan ini Admin bersama keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca laman Web sekolah, Blog Video sekolah serta Blog Multimedia sekolah kiranya terdapat tutur kata atau tulisan yang boleh menyinggung perasaan pembaca. Harap dimaafkan.

Laman Web Rasmi sekolah akan beroperasi seperti biasa selepas Hari Raya nanti.

Majlis Khatam Quran & Ifhtor Bersama Pelajar

Slide2SMIYT KTRG SBT , 1 Ogos : Majlis Khatam Quran ini telah diadakan pada petang semalam bersama guru dan pelajar.

Majlis ini dimulakan bacaan Al-Quran di Surau dan ucapab daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah bt Che Abdullah , Penolong Kanan HEM , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani. serta Ustaz Syed Sheikh bin Tuan Syed.

Mereka kemudian berbuka puasa bersama-sama pelajar di dewan makan lelaki dan perempuan. Semua program ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada para pelajar kerana guru-guru sama -sama menunaikan ibadah di bulan Ramadhan bersama mereka.

Slide38Slide7Slide24

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI