Category: Hal Ehwal Murid

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 6

Slide12SMIYT KTRG SBT , 3 Julai : Kursus ini diadakan di bilik kuliah yang melibatkan semua guru.

Bukan itu sahaja kurus ini juga memberi pendedahan dan  peluang kepada semua pelajar untuk menyertainya. Ianya diadakan di Dewan Asyatibi bagi tingkatan 4  dan tingkatn 3 & 5 di Surau.

Pihak pengurusan sekolah mengundang seorang pakara motivasi dan krew-krewnya yang diketuai oleh Dr. Megat Yusof Sharif , Certified Hypnotherapist( NGH) di bawah E-Class Training Centre ( M ) Sdn Bhd.

Slide9Slide3Slide7

High Achiever and Miracle Maker

Slide22SMIYT KTRG SBT , 9 Mei : Kursus ini telah diadakan pada hari ini untuk guru manakala pelajar pula telah diadakan pada 8 mei.

Ianya dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan menjemput penceramah dari Only One Succes Consultant International Company iaitu Mr. Leong dan Dr. Bharat dari India.

High Achiever and Miracle Maker untuk guru

Slide9Slide13Slide18

High Achiever and Miracle Maker untuk pelajar

Slide1Slide9Slide13

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Gejala Sosial Di Kalangan Remaja

Slide1SMIYT KTRG SBT , 9 Mei : Satu slot ceramah mengenai gejala sosial di kalangan remaja telah diadakan pagi tadi di dewan Asyatibi.

Ceramah ini telah dikendalikan oleh Polis Perhubungan Sekolah, Inspektor Nor Aizat bin As Ari. Semoga semua pelajar dapat mengambil menafaat dari ceramah tersebut.

Slide2 Slide4Slide5

Lawatan PUM Ke Kilang SME Bank

Slide33SMIYT KTRG SBT , 8 Mei : Persatuan Usahawan Muda ( PUM ) SM Imtiaz K.Trg telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kilang SME Bank di Chendering pada 7 Mei.

Menurut Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Taqiyyudin bin Mazlan, lawatan ini disertai seramai 24 ahli persatuan dan 2 orang guru pengiring.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang cara menguruskan perniagaan. Lawatan ini antara lain bertujuan memupuk semangat suka berniaga dalam kalangan ahlipersatuan.

Menurut pengurus SME Bank, Tuan Azali, ramai pelajar lepasan Universiti memilih untuk menjadi usahawan selepas tamat sesi pengajian.

Dalam lawatan tersebut ahli persatuan sempat melawat Syarikat ZIQ, Bakery, Zaman Ice dan Tinta Dynamik.

Slide38Slide25Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI