Category: Kokurikulum

Majlis Penutup Perkhemahan Tingkatan 3 dan 5

TELUK KETAPANG, 16 Jun : Perasmian majlis penutup Perkhemahan Tahunan Tingkatan 3 dan 5 telah dirasmikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran jam 11.30 pagi tadi.

Terdahulu dari itu satu ceramah merangsang minda telah disampaikan oleh Encik Taha dari JPNT.

Ketua pelajar lelaki dan perempuan mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah terutamanya unit kokurikulum kerana memberi mereka peluang untuk menghadiri perkhemahan ini. Mereka juga rasa amat terharu dan berjanji akan menaikkan nama sekolah dengan memberi kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012 nanti.

Lihat gambar penerima hadiah DI SINI

 

Kembara di Waktu Malam

TELUK KETAPANG, 15 Jun : Kesabaran peserta perkhemahan terus diuji apabila aktiviti kembara malam diadakan lewat malam tadi.

Ada yang takut dan ada yang tabah menghadapi dugaan dalam aktiviti ini. Seramai 7 orang pegawai daripada kem pengakap dan 8 orang guru dari sekolah ini sama-sama mengawasi peserta kembara malam.

Lihat gambar menarik kembara malam KLIK DI SINI

Hari Kedua Perkhemahan

TELUK KETAPANG, 15 Jun : Berikut adalah jadual aktiviti pada hari kedua perkhemahan.

15 Jun 2012

Jumaat

5.00-7.30pg – Bangun pagi / Sarapan / Senamrobik

8.00-10.00pg – Teknik Orientaring(Kompas)

1.00-2.30ptg – Solat Zohor / Solat Jumaat

3.00 – 4.00ptg – Teknik Teamwork Berkumpulan

5.00-6.30ptg – Paintball

6.30-7.45mlm – Makan malam/Solat Maghrib/Tazkirah

9.00 – 12.30mlm – Kembara Malam

Klik DI SINI untuk melihat gambar menarik pada hari kedua

Perkhemahan Tahunan Tingkatan 3 dan 5

TELUK KETAPANG, 15 Jun : Perkhemahan Tahunan ini telah di adakan di Kem Telaga Batin, Teluk Ketapang. Ianya bermula pada 14 hingga 16 Jun 2012. Aktiviti ini di adakan khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam yang akan di adakan tidak berapa lama lagi. Ianya bertujuan untuk mencergaskan minda serta memberi motivasi dan semangat dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah seperti berikut:

Khamis 14 Jun 2012

2.30ptg – Bertolak ke Kem Telaga Batin

5.00 – 6.00ptg – Dirian Khemah

6.00 – 7.30 mlm – Makan Malam

7.30 – 8.30mlm – Solat Maghrib dan Isyak

8.30 – 10.30mlm – Malam Kebudayaan

11.30 mlm – Tidur

Klik DI SINI untuk melihat aktiviti pada hari pertama