Category: Kurikulum

Lawatan Dari SK Padang Hiliran K.Trg

SMIYT KTRG SBT , 19 Februari : Seramai 95 orang murid dan 6 orang guru dari Sk Padang Hiliran telah mengunjungi sekolah pagi ini.

Mereka terdiri daripada murid tahun 6 yang akan menduduki ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tidak lama lagi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau suasana pembelajaran di sini serta melihat persekitaran sekolah.

Mereka telah dibawa melihat suasana pelajar menghafaz Al Quran di dewan dan juga di Surau disamping itu akan di bawa ke bilik kuliah bagi mendengar taklimat mengenai sekolah.

Terdahulu dari itu, rombongan tersebut telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Setiausaha Sekolah, Cikgu Kadijah binti Che Abdullah dan juga Kaunselor serta AJK Pelajar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Visualiser Ganti Kertas Soalan

SMIYT K.TRG SBT, 20 Januari : Penggunaan Visualiser dalam OTI, TOV atau ujian bulanan banyak faedahnya.

Menurut Penyelaras Projek PMR ketika ditemui, Ustazah Wan Mardhiana, kelebihan visualiser dapat mengurangkan penggunaan kertas dan pelajar lebih menumpukan kepada slide yang dipaparkan. Pelajar akan melihat soalan-soalan yang dipaparkan secara berfokus.

 

 

 

 

 

Program Kolaborasi Akademik 2013

PENGKALAN CHEPA , 17 Januari : Seramai 21 guru dan kakitangan serta 21 pelajar cemerlang PMR dan SPM telah berangkat ke SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra jam 5.30 pagi tadi. Setelah tiba di sekolah tersebut jam 8.30 pagi, rombongan kami telah disambut mesra oleh Pengetua dan pengurusan sekolah serta Pengawas.

Menurut ketua rombongan, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk kolaborasi Perkongsian Pengurusan SBT yang mana sekolah ini merupakan Sekolah SBT Kohort 1 dan kita sebagai sekolah yang baru menerima pengiktirafan, ini adalah satu lawatan penandaaras bagi memberi pendedahan kepada guru-guru Imtiaz K.Trg untuk memahami prosedur-prosedur pengurusan SBT diantaranya membuat tuntutan, membuat KPI dan lain-lain yang berkaitan dengan SBT.

Tambahnya lagi, selain daripada itu, juga membuat perkongsian ilmu yang mana sekolah ini adalah sekolah yang terkenal dengan  Kecemerlangan akademik dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang  dalam peperiksaan PMR dan SPM. Diharapkan dengan lawatan ini, sekolah kita dapat mengambil sedikit sebanyak input yang boleh memberi kecemerlangan kepada pengurusan sekolah.

Lawatan ini berakhir pada jam 2.30 petang tadi.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

14 Petua Untuk Berubah

Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bagi menjadikan seseorang itu berjaya dalam kehidupan terutama dalam pelajaran, beliau menggariskan 14 petua untuk melakukan perubahan tersebut. Antaranya ialah :

1.Bentuk matlamat dengan jelas

2.Berdoa agar mendapat kekuatan untuk melakukan perubahan.

3.Berubahlah secara bersepadu dengan mengimbangi mental, emasi, fizikal, sosial dan rohani.

4.Tulis perubahan yang diingini pada kertas, baca dan sebut berulangkali.

5.Programkan dan gambarkan perubahan dalam minda sebelum tidur. Gambarkan 10 kali lebih berkesan daripada azam.

6.Wujudkan suasana yang merangsang perubahan.

7.Bebaskan imaginasi

8.Berkawanlah dengan orang yang positif dan sentiasa memberi galakan.

9.Lakukan perubahan langkah demi langkah.

10.Padamkan memori lama yang negatif dengan kemaafan dan doa.

11.Rujuk jejak kecemerlangan orang lain yang telah berjaya.

12.Minta maklum balas orang yang boleh dipercayai.

13.Cari guru / mentor yang dapat memimpin ke arah perubahan.

14.Beri ganjaran pada diri bagi setiap perubahan positif yang berjaya dilakukan.