Category: Kurikulum

PMR 2012 SMIYT K.TRG Tempat Ke 6 Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU , 19 Disember : Alhamdulillah seramai 65 pelajar daripada 139 calon PMR sekolah ini telah mendapat semua A dalam matapelajaran setelah diumumkan oleh Pengarah Projek PMR 2012, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip jam 11.30 pagi tadi.

Terdahulu dari itu, Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah mengumumkan kedudukan terbaik sekolah ini apabila berjaya menduduki tempat ke 2 Daerah Kuala Terengganu pada tahun ini berbanding tempat ke 5 pada tahun 2011.

Begitu juga pada peringkat Negeri Terengganu, pada tahun 2011, sekolah ini menduduki tempat ke 8 melonjak naik tempat ke 6 pada tahun ini.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PMR 2012.

Berikut adalah 10 kedudukan terbaik keputusan PMR 2012 bagi Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

1.SESMA

2.SM Imtiaz Kuala Terengganu

3.SMKA Sheikh Abdul Malek

4.SMAASZA Batu Buruk

5.Integrasi

6.SMK Sultan Sulaiman

7. SMKA Tok Jiring

8.SMK Dato’ Razali

9.SMA Khairiah

10.SMA Ladang

 

kedudukan terbaik keputusan PMR 2012 bagi Peringkat SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

1.SM Imtiaz Kuala Berang

2.SM Imtiaz Kuala Terengganu

3.SM Imtiaz Besut

4.SM Imtiaz Dungun

 

Gambar pelajar mengambil slip PMR 2012 DI SINI

SMIYT KTRG Bolot 5 Anugerah Majlis IPA Peringkat Negeri 2012

KUALA TERENGGANU , 1 November : Majlis Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Terengganu 2012 menyaksikan 5 anugerah telah dimiliki oleh sekolah ini.

Ianya telah di adakan di Dewan SMA Marang pagi tadi dan semua anugerah telah disempurnakan oleh Encik Hashim bin  Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara anugerah tersebut ialah Pengurusan GPK HEM Cemerlang 2011, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Anugerah Mata Pelajaran KHB 2 & 3 PMR 2011, Anugerah Mata Pelajaran Bahasa Arab Tinggi SPM 2011, Anugerah Pelajar Wakil Antarabangsa 2012 dan Anugerah Pelajar Wakil Kebangsaan 2012.

Sekalung tahniah dan syabas kepada mereka.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Amanat Ketua Sektor Pendidikan Khas Untuk Calon SPM

KUALA TERENGGANU, 31 Oktober : Pagi ini Ketua Sektor Pendidikan Khas, JPNT,Encik Ngah bin Bidin sudi meluangkan masa bersama calon SPM Sekolah ini yang akan mendudki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menjelma tidak beberapa lama lagi.

Persiapan yang dilaksanakan oleh pihak Sekolah telah memberikan semangat untuk berjaya di kalangan pelajar.

Amanat Terakhir Menjelang SPM 2012

KUALA TERENGGANU , 29 Oktober : Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah terutama guru-guru yang mengajar tingkatan 5.

Antara usaha yang lain ialah Program Bicara Ilmu yang telah di adakan sebelah pagi tadi di Bilik Kuliah. Pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ( JPNT ) iaitu Tuan Haji Muhammad bin Tawang. Beliau telah mewakili Tuan Haji Zuber bin Embong , Ketua Sektor Pendidikan.

Banyak ilmu yang telah diberikan oleh beliau dan semoga para pelajar dapat berusaha dengan lebih tekun dan gigih bagi mencapai matlamat yang disasarkan oleh sekolah iaitu 11A+.