Category: Kurikulum

Pengetua Rasmi Penutup PM1M 2012

KUALA TERENGGANU , 23 Oktober : PM1M yang berlangsung pagi tadi telah ditutup secara rasminya oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah pada sebelah tadi.

Ianya diiringi oleh GPK HEM, GPK kokurikulum serta guru yang lain. Semua penyampaian hadiah telah disampaikan oleh beliau di dewan As-Syatibi. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam PM1M 2012.

Gambar penyampaian hadiah SILA KLIK DI SINI

GPK Akademik Rasmi PM1M 2012

KUALA TERENGGANU , 23 Oktober : Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Faidahnam binti Busu pagi tadi telah merasmikan Pembacaan Pemangkin1 Malaysia ( PM1M ) peringkat sekolah.

Ianya di adakan serentak di seluruh negara. Banyak aktiviti yang telah di adakan pada sebelah pagi tadi.

Untuk melihat aktiviti tersebut sila KLIK DI SINI

PMR 2012 Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Seramai 139 calon PMR Sekolah telah mula menduduki peperiksaan yang bermula pagi ini.

Hadir sama ialah Puan Pengetua bersama semua guru yang mengajar tingkatan 3. Turut kelihatan YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli serta ibubapa pelajar.

Semoga semua calon dapat menjawab dengan lebih tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

 

YDP MPIBG Suntik Motivasi Calon PMR 2012

KUALA TERENGGANU, 4 Okt: Kehadiran YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bagi memberi semangat kepada semua calon PMR 2012 menggambarkan bahawa seluruh AJK MPIBG serta semua guru mengharapkan kejayaan akan diperolehi nanti.

Seawal jam 8 pagi tadi, beliau telah berada di dewan Asyatibi bersama guru PMR. Seluruh warga sekolah mendoakan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI