Category: Kurikulum

Program ” Arts of Learning “

KUALA TERENGGANU, 6 Mac : Program ini merupakan satu program tahunan dalam Takwim Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ( JKS ) bagi pelajar PMR dan SPM tetapi telah diperluaskan untuk tingkatan yang bukan peperiksaan bermula pada tahun ini.

Ini merupakan pendedahan kepada cara belajar yang menyeronokkan, mementingkan konsep ” input and output learning ” menyemarakkan semangat berkumpulan ” Team Power ”  dan mengetahui prinsip-prinsip dalam mengingat / belajar.

Program ini akan memberi tumpuan kepada 9 subjek PMR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup Bersepadu, Sains, Bahasa Arab, Matematik,  Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.

Gambar selanjutnya

Ustazah Mardziah Rasmi Pelancaran Program NILAM 2012

KUALA TERENGGANU, 27 Feb : Pengetua Sekolah, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah petang ini telah merasmikan Pelancaran Program NILAM 2012 bertempat di dewan Asyatibi.

NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta akan budaya membaca dan budaya ilmu.

Menurut Penyelaras Program NILAM Cikgu Suryana binti Mat Husin, matlamat NILAM adalah meningkatkan kesedaran tentang program dan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Di samping itu juga meningkatkan minat untuk melaksanakan NILAM dengan bersungguh-sungguh serta mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam ucapan Puan Pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada Cikgu Suryana dan juga AJK Perpustakaan kerana berjaya mengadakan program NILAM. Sebagai Sekolah Kluster kita mesti membuktikan tahap kecemerlangan pelajar boleh dicapai hingga  ke peringkat kebangsaan.Sepatutnya budaya membaca telah bermula sejak kita masih kecil lagi.Ketamadunan ilmu adalah berpunca dari membaca. Dalam negara maju hari ini, mereka menguasai ilmu pengetahuan dan akhirnya menguasai teknologi serta ekonomi.

Semasa sesi ceramah pagi tadi, beliau tertarik dengan kata-kata penceramah, untuk mencapai  anugerah NILAM bukan hanya bilangan buku yang dibaca tetapi  juga pengetahuan AM dan penguasaan banyak bahasa.

Bagi pihak sekolah,  semua guru merasakan pelajar sangat berpotensi dan kerana itulah  banyak program telah diatur seperti Guru Muda sama seperti Rakan pembaca.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Ceramah Sempena Pelancaran NILAM 2012

KUALA TERENGGANU. 27 Feb :  Sempena pelancaran Program NILAM yang akan di adakan di sebelah petang nanti, satu sesi ceramah telah diadakan pagi ini di Dewan Asyatibi. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT , Marang, Terengganu iaitu Encik Zaidan bin Jamaluddin.

Puan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Semua Ketua Jabatan serta guru dan pelajar hadir bagi mendengar ceramah tersebut.

HEART TO HEART OF PEARLS Pelajar Tingkatan 3

LAGUN KUALA IBAI, 22 Feb : Program ini telah di adakan pagi tadi di Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung. Ianya difokuskan kepada semua pelajar tingkatan 3. Semua guru yang mengajar tingkatan 3 turut hadir. Program ini turut dihadiri Puan Pengetua selaku perasmi program serta semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan

Menurut Kaunselor Sekolah, Cikgu Norhidayah, Program ini adalah program yang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 bagi mencungkil apakah masalah sebenar yang  sedang mereka hadapi. Jadi untuk program ini selain daripada permasalahan yang dibincangkan pada sebelah pagi, pelajar juga diminta membuat peta minda di sebelah petang  bagi setiap sukjek iaitu Sejarah,Geografi Sains dan PAI.

Setiap pelajar akan diberikan satu topik dan mereka akan membuat peta minda berdasarkan topik tersebut yang dikenali sebagai sharing is carring for all.

Sementara itu semua guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari telah diraikan dengan ucapan selamat panjang umur serta dimurahkan rezeki semoga menjadi insan yang terbaik yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Video Heart to Heart of Pears