news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel
SMIYT KTRG SBT , 28 April : Timbalan Pengarah ( Operasi ) Yayasan Terengganu , Encik Mohamad bin Kassim hari ini telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi 2015 di Dewan Asyatibi.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Encik Luthman bin Awang , Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Mohd Zyulkifli bin Abu Bakar , Encik Khairi , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah , serta Polis Perhubungan Sekolah.
Menyambut ketibaan mereka ialah diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta guru.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru dan juga pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Awam bagi tahun 2015.
Dalam majlis tersebut juga , penghargaan khas telah diberikan kepada Team Inovasi yang diketuai oleh Cikgu saripah binti Embong yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Antarabangsa sehingga memperolehi Gold Prize dan Special Award.







Gambar selanjutnya sila klik DI SINI