news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel KELANTAN , 8 Januari : Admin bersama guru dan kakitangan serta beberapa orang pelajar telah bergerak dari Dataran Imtiaz K.Trg menuju ke Negeri Kelantan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan pagi semalam.
Kami ingin melihat sendiri keadaan di sana yang dikatakan sangat menyedihkan itu. Diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku ketua rombongan bersama bekalan yang disumbangkan oleh pihak guru dan kakitangan sekolah untuk diberikan kepada mangsa banjir.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul , setibanya kami di sana iaitu di Dearah Kuala Krai, kelihatan kesan-kesan banjir telah menyelubungi hati kami betapa tingginya air naik pada waktu itu yang tidak dapat dijangka oleh kami semua.
Setibanya kami di Kampung Lakloh , hati kami berdetik lagi apabila melihat kemusnahan rumah dan harta benda lain seolah berlakunya thunami kecil. banyak rumah yang roboh. Kami terkedu seketika , Allah maha berkuasa segalanya.
Setibanya kenderaan kami tiba di situ , terlihat beberapa kanak-kanak yang meluru kepada kami seolah-olah mengintai rezeki apa yang akan mereka dapat nanti. Ada beberapa orang daripada kami yang menitiskan air mata apabila kanak-kanak itu terus meluru kepada kami untuk mendapatkan air minuman. Ada juga ibu-ibu yang meminta kain , bantal dan selimut serta makanan.
Setelah selesai berada di sana , konvoi kami bergerak pula ke Manek Urai. Sepanjang perjalanan menuju ke sana , kami melihat kesan air dengan arus yang kuat sehingga menumbangkan pokok-pokok yang ada di laluannya.Sebelum tiba di Manek Urai Lama , apa yang bermain difikiran kami ialah ianya mungkin lebih baik daripada Kampung Lakloh tetapi rupanya lebih menyayat hati kami lagi setelah melihat banyak kemusnahan akibat bencana yang tidak diduga ini.
Yang paling menyedikan ialah kami melihat ada wanita yang makan di atas jambatan kerana mungkin rumah mereka di bawa air dan tiada tempat untuk berteduh. Rombongan kami meninjau kawasan tersebut dan boleh dikatakan keseluruhan kawasan itu musnah. Ada yang rumah mereka hanya tinggal tangga batu sahaja dan rumah hilang entah kemana. Ada yang menguis dicelah timbunan kayu mencari apa-apa yang boleh digunakan lagi. Ada yang duduk sambil termenung tentang nasib mereka yang akan datang.
Kami juga sempat melawat rumah pelajar kami yang dilanda banjir itu.
Namun begitu kita mesti ingat bahawa kejadian ini ada hikmahnya Allah ingin sampaikan , cuma kita harus berfikir tentang kekuasaanNya kerana Allah sahaja yang mengetahui segala di atas kejadian itu.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI