KUALA TERENGGANU, 13 Jan : Program Kuliah Kerohanian Anjuran Unit Asrama pada tahun ini diteruskan lagi sepertimana pada tahun lepas. Ianya diadakan setiap pagi jumaat mulai jam 11.30 pagi hingga 12.30 pagi minggu pelajar tidak pulang ke kampung.
Ianya bertujuan sebagai santapan rohani agar semua penghuni asrama sentiasa peka dengan keadaan semasa termasuklah menjaga tingkah laku, menjaga percakapan dan sebagainya.
Menurut Penolong Kanan Hem , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani, program seumpama ini sebenarnya dapat memberi kesedaran tentang kehidupan semasa agar tidak terikut dengan pengaruh atau budaya barat. Dengan adanya aktiviti ini, setiap pelajar akan diserapkan dengan nilai-nilai murni sesuai dengan pelajar yang sentiasa membaca Al-Quran.
Menurutnya lagi, sebagai melahirkan generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama, pada tahun ini penceramah akan digilirkan dengan penceramah jemputan dan juga terdiri dari kalangan pelajar sendiri. Pada hari ini seorang pelajar telah dipilih untuk member kuliah dengan menjemput Izzat Farhan bin fazri pelajar tingkatan 3. Semasa di sekolah rendah, beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Pintar di daerah Kuala Terengganu. Tajuk kuliah beliau ialah menyentuh mengenai kepentingan memberi salam dalam kehidupan Islam serta menjaga iman supaya tidak leka dengan tipu daya pengaruh asing.