SMIYT KTRG SBT , 6 Jun : Himpunan Mahasiswa Matematik ( HIMMAT ) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) telah menganjurkan Program Kem ini yang bermula hari ini dan akan berakhir 8 Jun 2013. Ianya diadakan di Dewan Asyatibi SM Imtiaz Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan di UMT.
Kumpulan sasar adalah semua pelajar tingkatan 5. Kem ini bertujuan bagi meningkatkan motivasi pelajar bagi menguasai ilmu Matematik Tambahan dengan menanamkan sikap yang positif dan minat yang mendalam terhadap Matematik Tambahan.
Disamping itu memperkukuhkan asas-asas ilmu matematik yang menjadi keperluan pembelajaran semasa di sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi nanti. Kem tersebut dapat dijalankan dalam bentuk bengkel, rekreasi dan penerokaan secara bersantai tanpa terlalu berbentuk akademik. Aktiviti – aktiviti yang disusun-atur lebih kepada berbentuk keceriaan dan kerja dalam berpasukan. Pembelajaran matematik yang diterapkan dalam kem ini lebih kepada penerokaan dan pengalaman pembelajaran.
Penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sabri bin Ahmad, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik UMT, Guru pakar Matematik Tambahan serta Fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa UMT.