Kem ‘ Super Solat ‘

Slide93SMIYT KTRG SBT , 17 Mac : Kem ini telah diadakan bermula 14 hingga 16 Mac baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Objektif program ini adalah membuat pendedahan kepada pelajar mengenai permasalahan Fiqh dalam solat. Ianya juga dapat membetulkan kekeliruan dari segi cara solat yang sebenar disamping memantapkan ilmu fardhu ain dan meningkatkan kualiti solat pelajar.

Allah berfirman mafhumNya, ” Sesungguhnya solat dapat mencegah kemungkaran”. Sesungguhnya umat Islam dewasa ini menunaikan solat namun solat tersebut tidak mampu menyekat mereka daripada melalkukan perkara mungkar. Hal ini disebabkan kecacatan yang berlaku dalam solat mereka.

Oleh itu, para pelajar kini perlu didedahkan dengan permasalahan Fiqh dalam solat agar pelajar dapat menunaikan solat dengan betul dan tepat di samping solat mereka dapat mencegah daripada perkara mungkar.

Slide6Slide413Slide423

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.