KUALA TERENGGANU, 19 Okt: Seramai 25 orang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah serta Majlis Kaunselor Daerah Rembau Negeri Sembilan telah mengunjungi Sekolah Kluster Kecemerlangan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu KOSPINT hari ini.
Ketibaan mereka telah disambut oleh pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan HEA Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Haji Mojd Amin Faisal bin Haji Uzip, Setiausaha Sekolah Cikgu Che Kadijah bin Che Abdullah, Kaunselor Puan Norhidayah binti Ibrahim serta Ketua Jabatan Al Quran Ustaz Ridzuan bin Aziz.
Dalam Ucapan aluan, Puan Pengetua mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang sudi memilih sekolah ini sebagai destinasi mereka. Semoga hubungan antara PPD Rembau dan sekolah ini mengeratkan lagi ukhuwwah yang berpanjangan.
Dalam ucapan balas, Ketua Rombongan tersebut, Datin Naimah binti Ahmad Dahlan pula melahirkan rasa bersyukur kerana sudi menerima rombongan ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kerana telah menerima anugerah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan baru-baru ini.
Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk mendengar taklimat mengenai pengurusan dan kejayaan sekolah yang boleh dicontohi dan akan membawa pulang aktiviti dan program yang ada di sini.
Klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya