Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2013

Slide4SMIYT KTRG SBT, 4 Mei : Aktiviti Kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri.

Sehubungan dengan satu kursus mengenainya telah diadakan pagi tadi yang bermula jam 10.00 pagi. Ianya dimulakan dengan ceramah oleh Encik Razali bin Yahya dari JPNT bahagian Kokurikulum.

Rasional bagi kursus ini ialah para pemimpin Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform, Sukan dan Permainan Sekolah perlu didedahkan dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah organisasi yang lebih berkesan.

Kursus ini diharapkan akan dapat memberikan input dan gambaran yang jelas tentang pengurusan organisasi dan seterusnya dapat membantu merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Pada jam 11.30 pagi ini akan diadakan perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan. Manakala jam 12.30 tengahari akan diadakan perbincangan kumpulan dan persembahan dan diakhiri dengan rumusan serta penyampaian sijil pada jam 2.30 petang.

Slide2Slide3Slide5

Perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan yang diselia oleh guru.

Slide1Slide2Slide3

Pembentangan Aktiviti

Slide1 Slide2 Slide3

Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah

Slide1 Slide2 Slide3

Penyampaian hadiah & sijil

Slide4 Slide5 Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.