KOTA BHARU : 26 Apr : Bagi memantapkan permainan catur di kalangan guru dan kakitangan sekolah, satu kursus telah diadakan pada 26 hingga 27 April yang lalu bertempat di Juita Premier Hotel di Kota Bharu.
Catur yang merupakan salah satu daripada kebitaraan sekolah dan ianya bertepatan apabila semua guru dan kakitangan diberi pendedahan secara teori dan praktikal selama dua hari itu. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Masing-masing telah menunjukkan bakat yang terpendam dan sungguh menakjubkan ada beberapa orang guru dan kakitangan menunjukkan kebolehan bermain catur.