SMIYT KTRG SBT , 13 Mei : Seramai 28 Pegawai dari Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi. Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta Semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan serta pengalaman kepada kumpulan Pentadbir Sekolah.