SMIYT KTRG SBT , 28 Februari : Pelancaran Projek ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Che Soh bin Muda, Timbalan Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau telah mewakili Tuan Haji Zuber bin Embong, Ketua Sektor Akademik JPN.
Antara Objektif program ini adalah:
1) Memupuk semangat dan meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar
2) Memperkasakan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan pelajar dengan membentuk Kumpulan Belajar dan Rakan Pembimbing Subjek (Study Group/Peer Coaching)
3) Menjenamakan program-program yang telah dirancang dan menambahbaikkan program yang telah dilaksanakan mengikut pembahagian fasa sepanjang tahun.
4) Menjalinkan hubungan erat guru dan ibubapa dalam mewujudkan budaya cakna pelajar.
Sebelum perasmian, Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan ucapan. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.
“ Alhamdulillah pada hari ini dengan izinNya yang merupakan majlis yang gilang gemilang yang memberi makna untuk anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan penting bagi mereka iaitu PMR dan SPM”.
“ Saya selaku mengetuai SM Imtiaz K.Trg terlebih dahulu mengalu-alukan Tuan Haji Che Soh bin Muda ke Sekolah kami dan kami amat berterima kasih atas kehadiran ini. Kami percaya Tuan Haji memang banyak tugas yang perlu diselesaikan tetapi demi kelangsungan dan kelancaran majlis kami, beliau telah dapat menghadirkan diri”.
“ Kami sangat berbangga dan mengalu-alukan kehadiran ibubapa ke sini pada hari ini yang pada kami sekaligus memberikan keperihatinan , kecaknaan, kasih sayang kepada anak-anak mereka. Kami percaya ada ibubapa yang datang dari jauh dengan mengambil cuti dan sebagainya tetapi semua kita buat kerana kita sangat sayang kepada anak-anak kita kerana mereka adalah permata bagi kita. InsyaAllah apa yang kita lakukan pada hari ini tidak akan sia-sia samada akan dibalas dengan baik oleh anak-anak kita dan juga akan mendapat kejayaan yang cemerlang”.
“ Untuk makluman kepada semua ibubapa pada hari ini, kami mengambil sedikit penambahan kepada program pelancaran projek ini dengan kami masukkan satu agenda khas iaitu ibubapa yang datang akan bergambar dengan anak-anak semua. Tujuannya adalah gambar ini akan diletakkan di atas meja anak-anak kita. Biarlah mereka menatap gambar ibubapa setiap hari supaya diharap cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Jadi usaha yang kami tambah ini kami harapkan menjadi satu suntikan motivasi yang penting untuk anak-anak supaya lebih cemerlang untuk peperiksaan PMR dan SPM”.
Sila klik link di bawah
Pelajar menyambut kehadiran ibubapa
Ketibaan Tn Hj. Che Soh bin Muda dan perasmian