KUALA TERENGGANU , 13 Ogos : Hari ini sekolah amat bertuah sekali kerana telah dikunjungi oleh Mufti Negara Perancis yang telah sudi meluangkan masa untuk memberikan ceramah khas sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak
Beliau ialah Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn yang berasal dari Negara Mesir yang juga merupakan Ahli Majlis fatwa Al-Azhar. Beliau telah dihantar oleh Al-Azhar ke Perancis sebagai Mufti di sana bagi mengendalikan masalah umat Islam dalam perkara hukum.
Beliau telah ditemani oleh Imam Besar Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Tuan Haji Aizi Saidi. Mereka telah disambut oleh Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Ketua jabatan, Guru-guru serta pelajar.
Yang paling menarik ialah beliau sangat fasih berbahasa melayu loghat kelantan yang begitu menghiburkan.
Gambar menarik sila KLIK DI SINI
Saksikan Mufti Perancis Kecek Kelate
Video 1 – durasi 8 minit 24 saat
Video 2 – durasi 11 minit 16 saat
Video 3 – durasi 4 minit 55 saat
Video 4 – durasi 11 minit
Video 5 – durasi 59 saat
Video 6 – durasi 1 minit
Video 7 – durasi 11 minit 52 saat(sedang kemaskini)
Video 8 – durasi 2 minit 04 saat(sedang kemaskini)
Video 9 – durasi 9 minit 26 saat(sedang kemaskini)
Video 10 – durasi 21 saat(sedang kemaskini)
Video 11 – durasi 40 minit 23 saat(sedang kemaskini)
Alhamdulillah. Terhibur dan pada masa yang sama diingati dengan tanggungjawab kita terus menerus mendalami agama bermula dengan memahami bahasa arab. Lebih inspired dengan kebolehan saudara arab, mufti ni bole kecek kelate. Muga allah rahmati dan panjangkan umurnya. Pengetua dan guru sekolah keep up the good work.
Assalamualaikum.
Harap pihak Imtiaz dapat muat naik (upload) baki video seterusnya. Kami ternanti-nanti sambungannya.
Syukran.
Salam…harap pihak Imtiaz dapat download balik video2 Mufti Perancis..link youtube di atas x boleh tgok lg kerana telah di delete
Salam, di atas keperihatinan tuan dan pembaca sekalian, pihak kami sedang berusaha untuk mengembalikan semula video tersebut yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu, kami akan berusaha dan akan menerbitkan semula video yang ada dalam stok admin untuk kepuasan para pembaca sekalian terutama mengenai video Mufti Perancis Kecek kelate. Harap bersabar.