Sempena kedatang bulan ramadhan al-mubarak ini, program tazkirah pada waktu pagi untuk semua guru telah diganti dengan program Tadarus Al-Quran Dan Perkongsian Ilmu Limiah Bulan Ramadhan. Dalam program tersebut, setiap ketua tadarus akan mengetuai bacaan dengan diikuti oleh para guru sebanyak 1 mukasurat sehari. Selepas selesai tadarus al-quran, ketua tadarus tersebut akan memberikan tazkirah pendek sempena ramadhan. Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA
Forum Ambang Ramadhan 1432H
Forum ini telah di adakan pada 27 julai 2011 bertempat di dewan Assyatibi yang dianjurkan oleh unit surau, dakwah & kerohanian.
Menurut Puan Marina binti A. Rahman@Yusof, Penolong S/U unit surau, dakwah & kerohanian sekolah, pada tahun ini, pihak sekolah telah memberi peluang kepada pelajar mengendalikan forum ini yang terdiri dari adik Nur Amalina binti Ibrahim pelajar tingkatan 5 , adik Izzat Farhan pelajar tingkatan 2 , adik Mohd Hud Al Hashir pelajar tingkatan 5 serta adik Siti Nur Hazimah pelajar tingkatan 5 selaku pengerusi forum.
Di samping itu dapat memberi gambaran prgram-program yang diadakan oleh Unir Surau, Dakwah & Kerohanian. Antaranya ialah:
- Forum Di Ambang Ramadhan(kendalian dari pelajar )
- Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan
- Tadarrus Al Quran
- Tazkirah Ramadhan selepas Zohor
- Liqa’ Ilmiah Ramadhan
- Imam Solat Terawih
- Sambutan Nuzul Quran
- Qiamullail ( Badar )
- Ceramah Nuzul Quran
- Mencari Lailatul Qadar
- Program Tadarrus selepas Solat Terawih bersama Yayasan Pembangunan Keluarga
- Majlis Ifthor Jamaie dan di Ambang Aidil Fitri.
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform 2011
Pada 26 julai 2011, satu pertandingan kawad kaki badan beruniform telah di jalankan dengan penuh meriah. Sebanyak 11 badan beruniform menyertai pertandingan ini yang di adakan di dataran Assyatibi.
Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, Encik Md Nor bin Yahya yang sempat ditemui berkata, ini merupakan program tahunan sekolah serta bertujuan untuk melatih pelajar bekerja dalam sepasukan dan dapat mengukuhkan pembangunan jati diri pelajar dari sudut fizikal dan mental.