Program Pengantarabangsaan di Bandung, Indonesia

Menurut Puan Herdawati , penyelaras program Pengantarabangsaan, pihak pengurusan sekolah sekolah serta beberapa orang guru SPM telah mengadakan jalinan antarabangsa dengan Pesantren Dar Tauhid ( Internasional Tahfiz ) serta Universitas Pendidikan Indonesia bermula pada 20 dan berangkat pulang ke tanah air pada 23 julai 2011.

Tujuan program inin adalah untuk meliohat pengajian Al Quran yang terdapat di Pesantren Bandung, Indonesia. Disamping itu juga dapat menjalin hubungan persaudaraan  dan melihat suasana pembelajaran dan berusaha untuk berubah ke tahap yang lebih optimum.

Menurut beliau lagi, dapat mendedahkan kepada para guru untuk mempertingkatkan ‘soft skill’ terutama dalam bidang pendidikan dan psikologi di Universitas Pendidikan Indonesia(UPI) serta meluaskan pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Kem Kecemerlangan Sahsiah Pelajar SPM 2011

Menurut Pengurus Projek SPM 2011, Puan Rosni binti Jaffar@Harun, program ini telah di adakan selama 3 hari iaitu bermulai 15 hingga 17 julai 2011 yang telah dianjurkan oleh unit HEM bersama Projek SPM 2011.

Pihak sekolah telah menjemput Qulhaq Consultant di bawah kendalian Cr. Muhamad Tajudin bin Mustafa bagi mengendalikan program tersebut.

Tujuan di adakan program ini adalah untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar disamping mendedahkan kepada pelajar tentang strategi dan kaedah belajar yang efisyen dan praktikal.

Tambahnya lagi, program tersebut bertujuan membimbing pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan.

Lagu Sekolah

SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU(KOSPINT)

 

 

Ya Rabbi Anta Maksudi

KeredhaanMu tuntutan kami

Imtiaz KOSPINT kami sayangi

Mendidik kami erti insani

 

Allah dan Rasul dalam ingatan

Quran dan Hadis jadi pegangan

 

Akhlak Al Quran diterapkan

Ilmu dan budi jadi asuhan

 

Akademik cemerlang pemikir terbilang

Meneraju ummah penuh gemilang

 

Imtiaz KOSPINT kami sanjungi

Namamu tersemat di Sanubari

Falsafah Sekolah

imtiaz

School of Excellence


I = Itqan(Kesungguhan)

m = Mahabbah (Kasih Sayang)

t = Takwa (Taat kepada Allah)

i = Istiqamah (Berterusan)

a = Akhlak (Budi Pekerti)

z = Za’amah (Kepimpinan)