Team Inovasi Sekolah Terus Gah Di Persada Antarabangsa

3545db68-b145-494d-93a2-c4766fe4bacf

ROMANIA : 22 Mei : Penerbangan hampir 18 jam menuju ke Universiti Iasi , Romania telah membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila Team Inovasi Sekolah telah memperolehi Special Award dalam pameran European Exhibition of Creativity and Innovation yang diadakan di Gheorghe Asachi University of Iasi , Romania yang bermula 17 Mei hingga 23 Mei 2016.

Team Inovasi ini terdiri daripada Guru Inovasi Cikgu Saripah binti Embong serta 2 orang pelajar yang turut menaikkan nama Sekolah Imtiaz di persada Antarabangsa iaitu Athirah dan Afrina pelajar tingkatan 4.

Kejayaan ini bukan sahaja memartabatkan nama Sekolah di peringkat Dunia bahkan Nama Negeri Terengganu dan Malaysia juga menjadi bualan seluruh rakyat Romania.

Lebih manis lagi apabila krew TV Romania telah membuat penggambaran di booth semasa presentation oleh Athirah dan sempat membuat presentation di hadapan Dato’ Bandar Iasi.

Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Terengganu kerana dapat menaja sebahagian perbelanjaan ke Romania ini.

Tahniah dan Syabas Team Inovasi sekolah.

Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh Team Inovasi Sekolah

PRODUCT NIFTY CLEANER KIT 

Gold Medal & Special Award for New Research Invention For Young Inventor From Corneliu Group Romania

PRODUCT DR DUSTER WITH GREEN CLEANER

Sliver Medal & 2 Special Award For  International Innovation Achievement From Haller Pro Invention Foundation Poland and Honor Of Invention From WIIPA Taiwan.

The Best School In The World.

59101485-d7cc-44da-b816-a90a3c4a6b79ad4e4fe7-aa74-4134-bd21-7b9b7f8754db4e8fd630-aa79-4a59-8c22-e8ab5408e7142c6885e1-8090-430d-9060-9f18f7f89049 3ae868a8-d739-4699-8478-20402fd6854b 4d71895d-fcef-48a7-84e8-783de3203278 6b6ac9c9-3030-48f2-b7be-324f7d0d2e72 25799e0b-488e-4f80-9e22-b8dd6061acc7 064482f8-b522-471d-9e32-868c92ce1a67 82331f2a-6697-426a-9467-8aa105af63e7 55239042-ee15-431f-b81b-e1b3db1d393c a9530497-0f7f-4edd-b98e-70a47a82e305 d8623896-b4dc-45bc-b065-81c44bb325c0 e11489ff-ee77-41bc-a5bb-e36498c5c650 eb52b3eb-8105-4d19-9a62-332cca65cad1 f86c746b-ffe3-4d51-86b8-801cce66b3af f7006322-f21f-4c31-8795-2b7f6038b538

Karnival Idul Ilmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2016

Slide32SMIYT KTRG SBT , 5 Mei : Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2016 telah diadakan pada hari ini.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah dalam Karnival pada kali ini. Sebanyak 7 buah Sekolah Imtiaz seluruh Negeri Terengganu telah menyertai Karnival kali ini dengan mempertandingkan 13 acara dalam 2 kategori iaitu Menengah Atas dan Menengah Rendah. Sekolah tersebut ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Setiu, SM Imtiaz Kuala Nerus, SM Kuala Berang , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kemaman dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Dalam pertandingan tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berjaya mendapat 4 Johan dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Semua hadiah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Karnival Idul Ilmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2016.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Keputusan Penuh sila klik DI SINI

Slide11Slide18Slide25Slide39Slide54Slide44

Encik Mohamad bin Kassim Rasmi Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi

Slide57SMIYT KTRG SBT , 28 April : Timbalan Pengarah ( Operasi ) Yayasan Terengganu , Encik Mohamad bin Kassim hari ini telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi 2015 di Dewan Asyatibi.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Encik Luthman bin Awang , Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Mohd Zyulkifli bin Abu Bakar , Encik Khairi , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah , serta Polis Perhubungan Sekolah.

Menyambut ketibaan mereka ialah diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta guru.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru dan juga pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Awam bagi tahun 2015.

Dalam majlis tersebut juga , penghargaan khas telah diberikan kepada Team Inovasi yang diketuai oleh Cikgu saripah binti Embong yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Antarabangsa sehingga memperolehi Gold Prize dan Special Award.

 

Slide15Slide26Slide28Slide34Slide46Slide56Slide70

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

KUIK Anjur Hari Keluarga

Slide18LAGUN KUALA IBAI , 16 April : Hari ini Kelab Ukhuwwah Imtiaz Kuala Terengganu ( KUIK )  telah berjaya mengadakan Program Hari Keluarga untuk guru dan kakitangan yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

Turut memeriahkan lagi aktiviti ini ialah kehadiran tetamu kehormat iaitu Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan.

Pelbagai acara yang begitu menyeronokkan telah diadakan iaitu untuk kategori suami atau isteri pegawai disusuli dengan acara bagi kategori kanak-kanak.

Semua hadiah telah diampaikan oleh Tuan Pengetua dan juga Ustaz Ruslan bin Ibrahim selaku Penolong Kanan Pentedbiran.

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi KUIK , Puan Ramlah bin Abdul Rahman serta semua AJK yang telah berjaya melaksanakan tugasan dengan penuh kesempurnaan. Dan juga kepada semua suami dan isteri pegawai yang hadir bagi menambahkan keceriaan dan suasana Hari Keluarga ini.

Slide13Slide37Slide43Slide50Slide81Slide94

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI