Pengarah Yayasan Terengganu dan Yang Dipertua MPIBG Beri Suntikan Semangat Kepada Calon SPM 2015

IMG-20151117-WA0007

SMIYT KTRG SBT , 17 November : Pagi ini pihak Sekolah amat bertuah kerana menerima kunjungan dari insan yang begitu perihatin dengan pelajar. Beliau ialah Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Pengarah Yayasan Terengganu danTuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar , Yang Dipertua MPIBG.

Turut menyambut ketibaan mereka ialah terdiri daripada Pengurusan Sekolah iaitu Cikgu Yusuf bin Osman , Pengetua sekolah yang baru , Semua Penolong Kanan serta Ketua Jabatan dan beberapa orang guru.

Tuan Haji Mohamad bin Sulong telah memberi kata-kata semangat kepada calon SPM mengenai kertas Peperiksaan Pendidikan Syariah Islamiah manakala Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar memberi ucapan yang sama tetapi mengenai kertas peperiksaan Matematik.

Semoga kata-kata mereka ini  akan memberikan suntikan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan hari ini. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Terenggganu dan YDP MPIBG kerana sudi meluangkan masa bersama calon SPM 2015 dari sekolah ini.

IMG-20151117-WA0006IMG-20151117-WA0004IMG-20151117-WA0005

Pertandingan Pancaragam Sekolah Peringkat Negeri Terengganu

panca1

KUALA TERENGGANU , 14 November : Pertandingan pancaragam sekolah peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah diadakan pada hari ini di SMK Chong Hwa Wei Sin yang menjadi tuan rumah. Pertandingan ini juga meliputi Badan Beruniform Sekolah.

Walaupun sekolah ini tidak menyertai pertandingan ini namun sekurang-kurangnya SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah menghantar wakilnya iaitu dari SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Berang dalam kategori Badan Beruniform.

panca2panca4panca3panca5

 

Saksikan sedutan video perarakan pertandingan Pancaragam Sekolah yang sempat dirakamkan – Video

PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION AND DESIGN JOHOR IIID 2015

Slide53Pada 29 hb Oktober  2015, Pasukan L AL Fateh B dengan Kajian/Produk bertajuk The Miracle of Multipurpose Soap: Novely, telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation & Design Johor 2015 bertempat di Amansari Residence and Resort Pasir Gudang Johor.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh UiTM Johor.Pasukan kami telah terpilih untuk membuat pameran di sana di mana hanya 200 pasukan telah terpilih dari 400 permohonan penyertaan.Antara negara yang turut menyertai pertandingan termasuklah negara India, Indonesia , Iran dan Thailand.

Terdapat tiga kategori pertandingan iaitu Science and Technology, Science Social dan Sekolah.

Alhamdulillah kami telah memenangi Silver Medal dan berada pada ranking 9 dari 35 buah sekolah yang bertanding.

Slide36Slide18Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN)

Slide6Pada 30 Julai 2015, Khamis baru-baru ini, Pasukan Al-Fateh Inventors SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai sesi Penilaian Anugerah HartaIntelek Negara di Pusa tDagangan Mahkota , Kuantan ,Pahang. Anjuran My IPO Perbadanan Harta Intelek Negara .

Ses itersebu tadalah untuk 6 pasukan bagi ZonTimur.Pasukan terdiri dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Pahang ,Sekolah Menengah KebangsaanKamil Kelantan, MRSM Kuantan 2 Pasukan dan sekolah kami.

AnugerahHartaIntelek Negara adalah salah satu pertandingan Berprestasi Peringkat Negara selain dari Anugerah Inovasi Negara dan YB Challenge kerana Johan akan menerima RM 10000. Setiap satu sahaja hadiah 10 000 itu setiap pasukan perlu menghantar “full paper research “ untuk tapisan.

Kami telah menghantar 3 kajian termasuk yang tahun lepas The Potential Products From Pandanus Amary llifolius Roxb, Dr Duster With Green Cleaner dan The Multipurpose Soap : Novely. Yang terpilih ke sesi penilaian di peringkat ZonTimur adalah kajian The Miracle Of Multipurpose Soap :Novely.

Alhamdulillah pasukan sekolah telah mendapat Naib Johan ( Anugerah Perak ), sebuah piala, pingat, sijil dan wang tunai RM400.00

Slide5Slide4Slide3Slide1