Karnival Kokurikulum 2015

Slide2SBPI BATU RAKIT : Karnival Kokurikulum 2015  telah diadakan di SBPI Batu Rakit baru-baru ini. Sekolah ini telah menghantar peserta bagi mengikuti karnival tersebut yang melibatkan beberapa buah sekolah di Terengganu.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tema pada tahun ini ialah ” INOVASI KREATIF MENJANA TRANSFORMASI ”

Slide9Slide37Slide49

Ujian Lisan Bahasa Inggeris PT3 2015

DSCF2747

SMIYT KTRG SBT : Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi calon PT3 telah diadakan pada hari Rabu yang lalu. Ujian ini telah diadakan di sekolah ini dan panelnya terdiri daripada guru disekolah ini juga.

DSCF2751DSCF2750DSCF2748

 

Perkhemahan Perdana Imtiaz 2015

Slide3TELUK KETAPANG : Perkhemahan Perdana Imtiaz 2015 telah diadakan pada 20 – 22 Ogos baru-baru ini di Kem Pengakapa Tengku Muhammad Ismail , Telaga Batin yang melibatkan semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Pada tahun ini SM Imtiaz YT Dungun telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah perkhemahan. Sebanyak 7 bua sekolah yamg terlibat anataranya ialah SM Imtiaz YT Besut , SM Imtiaz YT Setiu , SM Imtiaz YT Kuala Terengganu , SM Imtiaz YT Kuala Berang , SM Imtiaz YT Kemaman , SM Imtiaz YT Kuala Nerus  dan SM Imtiaz YT Dungun selaku tuan rumah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Compas Matching , Ikatan , Pertolongan Cemas , Masakan rimba , Malam Kebudayaan , Gajet dan Kawad kaki. Keputusan pertandingan sila klik DI SINI

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz ,Encik Mazlan bin Che Wil.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide35Slide78Slide171Slide215

Lawatan Penandaarasan SMK Sultan Badlishah , Kulim Kedah

Slide10SMIYT KTRG SBT : Pada Sabtu yang lalu , pihak sekolah telah menerima kunjungan dari Guru dan kakitangan SMK Sultan Badlishah , Kulim Kedah dalam lawatan berinformasi.

Mereka disambut oleh Penolong Kanan Ulul Albab , Tuan Haji Mohd Amin Faisal b Haji Uzip, Puan Marhaini serta beberpa orang guru lagi.

Sebagai sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) , pihak rombongan itu mahukan maklumat lanjut ,mengenai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) daripada sekolah ini sebagai persiapan menghadapi verifikasi jemaah Nazir untuk diiktiraf sebagai sekolah SBT juga.

Mereka telah diberi pendedahan mengenai cara-cara untuk mendapat pengiktirafan  ini oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal selaku Penolong Kanan Ulul Albab.

Slide2

Slide12

Slide13

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI